Bakal nikah Mei, wartawan ditemui maut dibunuh tunang sendiri

Bakal nikah Mei, wartawan ditemui maut dibunuh tunang sendiri

 

Bakal nikah Mei, wartawan ditemui maut dibunuh tunang sendiri

Hasrat seorang wartawan muda untuk melangsungkan perkahwinan pada Mei ini berakhir tragedi apabila ditemui mati dibunuh dan jenayah kejam itu dipercayai dilakukan oleh tunangnya sendiri yang merupakan anggota tentera laut.

Juwita, 23, bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat media dalam talian ditemui tidak bernyawa di tepi jalan menuju Gunung Kupang, di sini pada Sabtu lalu.

Menurut Komander Polis Tentera Lanal Balikpapan, Mejar Ronald Ganap, suspek telah ditahan dan disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut.

“Pihak kami mengesahkan bahawa kes ini adalah benar, dilakukan oleh suspek yang merupakan anggota Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut.

“Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat wanita yang ditemui masih memakai topi keledar disyaki terlibat dalam kemalangan sebelum maut di tempat kejadian.

Bakal Nikah Mei, Askar Laut ‘Tamatkan Hayat’ Tunang Yang Juga Seorang Wartawan

Namun, keadaan mayat yang tidak menunjukkan sebarang kecederaan akibat kemalangan serta motosikalnya tidak mengalami kerosakan telah menimbulkan persoalan mengenai punca kematian.

Dilaporkan, suspek juga tidak menghadiri majlis pertunangan mereka sebelum ini dan hanya diwakili oleh ibu dan kakaknya menyebabkan keluarga mangsa kurang mengenali dengan lebih terperinci.

Tidak hanya itu, rakan sekerja mangsa turut mendedahkan, dia pernah meluahkan perasaan mengenai konflik dalam hubungannya termasuk masalah komunikasi serta sikap panas baran tunangnya.

Dalam pada itu, keluarga mangsa berharap agar keadilan dapat dilaksanakan dan pelaku mendapat hukuman setimpal atas perbuatan membunuh tersebut.

Mereka memohon agar siasatan telus dapat dilakukan tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah.