Wartawan ‘koyak’ kena sound dengan Noh Salleh, diperli sudah ketandusan cerita

Wartawan ‘koyak’ kena sound dengan Noh Salleh, diperli sudah ketandusan cerita

 

Mac lalu, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina sempat berkongsi berita gembira apabila memaklumkan sudah ambil seorang anak angkat lelaki selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Bayi yang bernama Musa itu sudah pun hampir 7 bulan menjadi sebahagian dari hidup mereka.

Tengah sibuk nak besarkan anak angkat usia 7 bulan

Walau bagaimanapun, semalam malah timbul pula satu kenyataan kurang senang di media sosial yang mendakwa rumah tangga pasangan tersebut kini sedang bergolak.

Akan tetapi, Noh menyangkal dengan sekeras-kerasnya sambil menegaskan semua itu hanyalah gosip semata-mata.

Sedangkan mereka berdua sedang fokus untuk membesarkan si kecil berkenaan.

Diperli Dah Ketandusan Cerita, Wartawan Koyak Kena Sound Dengan Noh Salleh 2

Diperli Dah Ketandusan Cerita, Wartawan Koyak Kena Sound Dengan Noh Salleh 3

Noh Salleh mengulas berhubung spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina

Ketika ditemubual, Noh begitu santai selain sempat tergelak apabila mendengar tentang gosip tersebut.

Malah penyanyi tersebut juga sempat menegur kredibiliti para wartawan yang suka ingin mengambil tahu soal peribadi berbanding pencapaiannya.

Barangkali terasa dengan ayat tersebut, salah seorang daripada mereka pula seakan-akan koyak dan lantang menjawab cuma inginkan kesahihan dari empunya badan.

@kosmoonline

Penyanyi Noh Salleh mengulaS berhubung spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina yang hangat diperkatakan di sebuah laman sembang sebagai berita palsu.beritatiktok newstrending

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Amboi kak, dahla tanya soal rumah tangga orang, ada hati nak tinggikan suara…Terasalah tu reporter

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi santai Noh Salleh sewaktu menjawab segala persoalan daripada pihak media.

Dalam pada itu, ramai juga bertindak menasihati wartawan tersebut untuk lebih menjaga cara percakapan ketika bertugas.

Diperli Dah Ketandusan Cerita, Wartawan Koyak Kena Sound Dengan Noh Salleh 4Diperli Dah Ketandusan Cerita, Wartawan Koyak Kena Sound Dengan Noh Salleh 5Diperli Dah Ketandusan Cerita, Wartawan Koyak Kena Sound Dengan Noh Salleh 6