Lebih 4 juta warga Indonesia ‘serbu’ Malaysia, ini sebabnya

Lebih 4 juta warga Indonesia ‘serbu’ Malaysia, ini sebabnya
Malaysia terus menjadi pilihan utama rakyat Indonesia untuk melancong.
Menurut laporan CNBC Indonesia, sepanjang tahun 2024, lebih 4.1 juta pelancong dari Indonesia telah menjejak kaki ke Malaysia — menjadikan negara jiran kita ini sebagai penyumbang pelancong kedua terbesar selepas Singapura.
Menurut Timbalan Ketua Pelancongan Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin, angka itu melonjak sebanyak 19.1% berbanding tahun 2023, dan 6.8% lebih tinggi daripada era pra-pandemik pada 2019.
“Indonesia merupakan pasar terbesar kedua bagi Malaysia dengan 4.1 juta pengunjung pada tahun 2024,” katanya dalam sidang media di Jakarta Selatan pada 15 April 2025.
Dan bukan setakat ramai, akses pun makin mudah — ada 580 penerbangan langsung setiap minggu dari 10 syarikat penerbangan Indonesia ke Malaysia, dengan lebih 106,000 kerusi tersedia.
Pada tahun lepas saja, Malaysia berjaya menarik 38 juta pelancong antarabangsa, menjana pendapatan sebanyak RM106.7 bilion (kira-kira Rp406.5 trilion).
Masuk 2025, momentum ini terus meningkat — Januari mencatatkan kenaikan 54.4% kedatangan pelancong berbanding tahun sebelumnya.
Sebenarnya Malaysia sasar lebih jauh lagi dengan 45 juta pelawat menjelang 2026 dan RM270 bilion pendapatan pelancongan.
Tourism Malaysia saat ini tengah menyelenggarakan Misi Promosi Pariwisata ke empat kota utama, yaitu Medan, Yogyakarta, Jakarta, dan Surabaya yang berlangsung pada 10 – 18 April 2025.
Selain kota keempat itu, Tourism Malaysia juga tengah merancang untuk melebarkan sayap promosinya ke beberapa kota lain di, seperti Cirebon, Balikpapan, hingga Makassar.
Misi ini libatkan 36 pemain industri pelancongan dari Malaysia — termasuk agen pelancongan, hotel, syarikat penerbangan, dan program Malaysia My Second Home (MM2H).
Mereka akan bertemu rakan industri bagi memantapkan kerjasama dua hala.
“Pasar Indonesia tetap menjadi antara lima pasaran utama bagi pelancong ke Malaysia. Tahun ini penting sebab Malaysia jadi Pengerusi ASEAN 2025,” tambah Yeoh.
Sumber: Vocket