“Ada perkara tak boleh tolak ansur” – Wany Hasrita kongsi pengalaman perit berdepan pengasuh anak

“Ada perkara tak boleh tolak ansur” – Wany Hasrita kongsi pengalaman perit berdepan pengasuh anak

 

“Ada perkara tak boleh tolak ansur” – Wany Hasrita kongsi pengalaman perit berdepan pengasuh anak

Penyanyi Wany Hasrita, 33, cerewet dan tidak kisah bertukar-tukar pengasuh untuk mendapatkan yang cukup menyenangkan serta memuaskan hati.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia enggan mengupah pengasuh yang tidak bekerja ikhlas dan banyak alasan.

“Ada beberapa perkara saya tak boleh bertolak ansur seperti kalau mereka mempunyai penyakit kulit atau beri alasan tak boleh basuh baju. Macam mana?

“Saya pun tak mahu orang bekerja dalam keadaan terpaksa. Saya memahami dia manusia dan tak boleh senang-senang mengerah tenaganya,” katanya.

Wany berkongsi anak perempuannya Aishah Al Iman pernah dihayun kuat ketika digendong pengasuh terdahulu dan hal itu antara punca dia harus cerewet cari pengasuh.

“Mungkin ada anggap itu perkara biasa tapi saya pula lihat pengasuh ‘burn out’. Jadi saya rasa kalau dia tidak boleh bekerja, tak perlulah bekerja dan dia boleh berehat,” katanya.

Penyanyi Canggung itu bagaimanapun lega akhirnya sudah mendapat pengasuh yang cukup serasi dengan kriteria dicarinya.

“Alhamdulillah sekarang ini memang sudah ada pengasuh tetap yang Aishah selesa. Saya bersyukur dan boleh bekerja dengan tenang sepanjang dua bulan ini,” katanya.

Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia setahun tujuh bulan.