“Rasa janggal sebab..” – Wanita pelik suami minta layan nafsu secara VC

“Rasa janggal sebab..” – Wanita pelik suami minta layan nafsu secara VC

 

“Rasa janggal sebab..” – Wanita pelik suami minta layan nafsu secara VC

Seorang wanita keliru dan dalam masa sama bimbang apabila diminta melayani kehendak batin suami melalui panggilan video (VC) kerana menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).

Wanita itu mengakui situasi tersebut agak janggal kerana sebelum ini mereka tinggal bersama dan tidak pernah melakukan perkara sebegitu.

Ia berlaku selepas suaminya berpindah tempat kerja di Alor Setar, Kedah, manakala dia masih berada di Pantai Timur.

“Nak tanya, normal ke layan kehendak suami ikut VC? Rasa janggal sebab sebelum ni duduk sama tak pernah buat macam ni.

“Sekarang dah berjauhan baru tahu kaedah macam ni. Maaf jika soalan ni pelik, mohon jangan kecam ye,” katanya yang berkongsi pertanyaan itu di sebuah kumpulan komuniti di Facebook.

Tambahnya, dia kini tinggal di rumah mentua, membuatkan keadaan bertambah tidak selesa untuk membuat panggilan video.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan mereka berpandangan jangan sesekali merakam perbuatan yang dilakukan dalam VC.

Better layan through VC daripada dia tak ada tempat nak lepas. Cuma jangan rakam la.

“Berjimak jarak jauh namanya tu. Bahaya kalau ada yang rakam,” kata warga maya.

Wanita itu bagaimanapun mendedahkan dia dan suami tidak pernah sesekali terfikir untuk merakam perbuatan berkenaan.

“Saya tak rekod, cuma agak janggal sebab sebelum ni duduk bersama tak pernah buat macam tu dah berjauhan baru tau kaedah begini,” katanya.

Terdapat juga warga maya menasihatkan agar pasangan PJJ itu mencari ruang untuk bersama tanpa gangguan orang lain.

“Awak duduk dengan mentua, kalau dia balik lebih baik check in kat tempat lain untuk penuhi kepuasan suami isteri. Satu malam pun tidak mengapa,” katanya.

Sumber: mStar