Wanita gaji RM7,000 sebulan menyesal tinggal di flat B40

Wanita gaji RM7,000 sebulan menyesal tinggal di flat B40

 

Wanita gaji RM7,000 sebulan menyesal tinggal di flat B40

Tinggal di kawasan kejiranan yang baik merupakan salah satu perkara sangat penting dalam kehidupan.

Jika tersalah, ia boleh mengundang masalah di kemudian hari.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi rasa penyesalan selepas tinggal di kawasan flat murah buat sekian lamanya.

“Saya buat RM7,000 sebulan, tapi tinggal di kawasan flat B40. Semua isu mentaliti B40 dah terkena. Sabar punya sabar hasilnya kena pijak.

“Dah 40an baru faham menteri kata punca miskin sebab malas. 100% betul.Hanya 0.001% yang miskin sebab sakit, kemalangan, dikhianat, ditindas dan sebagainya.

“Yang lain? Duit tak ada pakai iPhone, hutang banyak cari Ah Long, hidup macam tiada undang-undang. Dah sesak mulalah berdrama tiada pihak datang tolong,” kata seorang pengguna Threads.

Hantaran itu meraih perhatian warganet. Netizen pelik bagaimana wanita itu memilih untuk tinggal di kawasan sedemikian.

Netizen turut memintanya untuk pertimbang untuk berpindah ke kawasan yang lebih selesa dan sekufu.

Dalam masa sama ramai yang bersetuju di mana sikap malas yang menebal bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri, bahkan boleh menyusahkan orang lain.

Sumber: Vocket