“Saya hamil, tak tahu anak siapa” – Wanita mengaku terlanjur, sunyi tak dilayan suami

“Saya hamil, tak tahu anak siapa” – Wanita mengaku terlanjur, sunyi tak dilayan suami
Baru-baru ini, tular satu pengakuan berani dari seorang wanita berstatus isteri dan ibu, yang mendedahkan kisah curangnya bersama lelaki lain ketika suaminya terlalu sibuk dengan ‘dunia luar’.
Menerusi luahan yang dikongsikan semula di X, wanita ini mengakui dirinya berasa sunyi memandangkan si suami jarang meluangkan masa bersama dirinya dan anak.
Suami selalu tinggalkan saya seorang dengan anak pada waktu malam. Lepas isyak keluar dan akan balik sekitar 3-4am. Setiap hari keluar lepak, badminton, futsal, meeting surau dan sebagainya.
Meskipun pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya namun si suami tetap tidak mengendahkan malah terus menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti luar berbanding di rumah.
Dah setahun rutin macam ni dan saya ada complaint dan dia berubah sekejap tapi lepas tu ulang balik rutin sama. Sama ada dia makan luar ke apa, itu i tak tahu.
Sampai tahap saya burnt out sebab siang saya kerja. Malam saya kena jaga anak sorang-sorang. Saya beritahu tapi tak ada perubahan.
Cerita wanita ini lagi, disebabkan kesunyian dan beban harian yang tiada penghujung akhirnya membuat dia mencari ‘teman berbual’ di platform Tinder.
Wanita ini akui pada awalnya niatnya hanya mahu ada seseorang yang sudi mendengar, tetapi semuanya berubah apabila emosi mula terlibat. Malah mereka berdua pernah terlanjur beberapa kali.
Last-last saya install tinder sebab saya lonely gila! Saya pun nak juga ada orang yang mendengar saya borak.
Saya kenal sorang dekat tinder. Sama negeri dan kami set nak jumpa. Biasa je orangnya tapi dia selalu ada bila i bosan.
Kami tak asa rasa sayang pun tapi one day kami terlanjur dan ianya berulang banyak kali.
Macam mana kami buat projek? Saya ni wanita bekerja dan position saya tinggi jugaklah. Meeting sana sini. Jadi kadang-kadang saya ambil kesempatan untuk jumpa dia lepas meeting. Meeting habis jam 4pm. Lepas tu kitorang buat projek. Jam 6.30pm saya balik jelah macam biasa.
Lebih mengejutkan, wanita ini mengakui kini sudah hamil sembilan minggu namun dia tidak pasti siapa bapa kepada bayi yang dikandungnya itu.
Sekarang saya hamil 9 minggu. Saya tak tahu anak siapa. Sebab saya ada je bersama dengan suami. Takut nak check.
Menyesal pun ada tapi apa boleh buat. Saya tahu curang bukan penyelesaian tapi saya dah terlanjur.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita ini.
Namun tidak kurang ada juga yang mengaku kasihan terhadap situasi wanita itu, terutama apabila dia perlu bekerja, mengurus anak, dan menghadapi emosi bersendirian.
Walau bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah tidak wajar dilakukan oleh seorang isteri.