Wanita Jepun kongsi sebab kenapa lelaki Malaysia paling kacak di Asia

Wanita Jepun kongsi sebab kenapa lelaki Malaysia paling kacak di Asia

 

Wanita Jepun kongsi sebab kenapa lelaki Malaysia paling kacak di Asia

Dua orang wanita dari Jepun menyifatkan lelaki dari negara Malaysia adalah paling kacak di Asia. Perkara itu didedahkan menerusi satu sesi street interview yang dikendalikan oleh seorang TikToker ini.

Dalam video tersebut, dua wanita ini telah diberi pilihan untuk memilih jejaka dari negara mana yang telah menarik minat mereka.

Dalam video tersebut, kedua-dua wanita itu diberi pilihan antara Korea atau China, mereka memilih Korea, sebelum berubah kepada jejaka India, bagaimanapun pilihan mereka berubah apabila dibandingkan dengan Malaysia.

Ketika disoal kenapa mereka memilih Malaysia, salah seorang daripadanya menjelaskan bahawa lelaki Malaysia mempunyai facial feature yang menarik.

Malah, seorang lagi wanita menjelaskan bahawa dia ada melihat TikTok seorang lelaki yang berasal dari Malaysia dan lelaki berkenaan kelihatan sangat segak.

@girlsinterviewjapan

Which country in Asia has the most handsome guys? #japaneseinterview #japanesegirl #girlsinterviewjapan #streetinterview

♬ オリジナル楽曲 – Girls Interview Japan – Girls Interview Japan

Menjengah ke ruangan komen, netizen di Malaysia syak mungkin disebabkan oleh seorang TikToker yang dikenali sebagai Nazmi.

Bahkan, ada juga yang bangga apabila mendengar pujian daripada wanita ini.