Wanita hilang sejak 10 Julai lalu selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan

Polis Daerah Mualim hari ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilapor hilang sejak dua hari lepas.
Menurut kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook, Nur Farah Kartini Abdullah yang berusia 25 tahun hilang sejak 10 Julai dengan lokasi terakhirnya di Taman Universiti, Tanjung Malim.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan kira-kira 1.56 pagi, pada Khamis.
“Penampilan terakhirnya ialah berpakaian korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan memakai seluar slack hitam,” kata Hasni lagi.
Susulan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan wanita berkenaan untuk melaporkan ke balai polis berdekatan.
Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Polis Daerah Muallim di talian 05-459 6122.