“Negara sendiri jauh di belakang” – Wanita Filipina kagum dengan sistem pengangkutan Malaysia

“Negara sendiri jauh di belakang” – Wanita Filipina kagum dengan sistem pengangkutan Malaysia

 

“Negara sendiri jauh di belakang” – Wanita Filipina kagum dengan sistem pengangkutan Malaysia

Betullah kata orang sudah merantau ke negara lain pasti akan membuka perspektif baru sekaligus mengetahui realiti sebenar ekonomi dan pembangunan tempatan ketika berada di sana.

Seperti seorang wanita dari Filipina ini yang sangat gembira menikmati sistem pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia buat rakyat tempatan.

Di dalam video berkenaan, wanita itu menggambarkan apabila dia bercuti dan lebih menikmati sistem pengangkutan di negara ini.

Video itu memperlihatkan kemudahan fasiliti pengangkutan awam seperti LRT serta MRT dan juga laluan trafik yang strategik dan efisien.

Dia langsung berkata menyedari jika kalau negara asalnya iaitu Filipina sudah terlalu jauh ketinggalan terutamanya di dalam pembangunan.

“Dan anda akan menyedari yang Filipina berada jauh di belakang,” luahnya.

Oleh itu, dia mengingatkan warga Filipina yang lain untuk membuat undian dengan bijak kerana mereka juga layak mendapatkan kemudahan sistem pengangkutan yang efisien sebegini di negaranya.

Di kapsyen pula, dia tulis ringkas “sedih tetapi kebenaran”.

@helloprecious95

Sad but true . . #kualalumpur #fypage #tiktokphilippines🇵🇭 #malaysiaboleh #reality #realitycheck

♬ emilystravelling – Emily 🇬🇧

Menjengah ke ruangan komentar, sebahagian warga Filipina lain turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengharapkan pembaharuan di dalam pemerintahan lalu boleh meningkatkan taraf sistem pengangkutan di negara asalnya.

Pengguna bernama Wena berasal dari Filipina berkongsi pengalamannya sendiri yang ketika ini berada di Malaysia dan berfikiran yang sama tentang kehebatan pengangkutan di sini.

Dia turut mula menyoal mengapa kerajaan di sana tidak membangunkan infrastruktur tren yang efisien di sana walhal sangat diperlukan oleh rakyatnya.

Seorang lagi pengguna dari Filipina turut bersetuju dengan kenyataan  berkenaan dan mendedahkan pengangkutan awam di negara Malaysia jauh berbeza dengan di negaranya dan meminta rakan senegara untuk membuat perubahan demi keselesaan sejagat.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat jika kalau Filipina terlalu kuat dicengkam oleh dinasti politik sekaligus membantutkan pembangunan negara secara keseluruhannya.