Wanita dikecam ‘cop’ tempat pengecas EV

Wanita dikecam ‘cop’ tempat pengecas EV

 

Wanita dikecam ‘cop’ tempat pengecas EV

Belum reda dan selesai isu penjualan petrol bersubsidi kepada kenderaan asing, kini timbul pula rungutan baharu membabitkan rakyat negara jiran.

Di media sosial netizen mula membahaskan tentang sikap rakyat negara asing yang memandu kenderaan elektrik (EV).

Berdasarkan perkongsian pengguna TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang mengundur sebuah kereta Tesla bagi tujuan pengecasan ditegur wanita dipercayai warga Singapura di Medini Iskandar, Johor.

Cas percuma menyebabkan berlakunya kes berebut pengecas EV.

Wanita itu berkata sesuatu sebelum kereta yang dipandu lelaki berkenaan beredar.

Dia kemudian memanggil kereta Tesla bernombor pendaftaran Singapura untuk memasuki lorong pengecasan EV terbabit.

Auntie tu beritahu ada Tesla lain tengah tunggu que (giliran).

“Tesla putih tu (plat Malaysia) baru nak masuk sekali dah ada waiting list (senarai menunggu),” kata pengguna TikTok.

Dia juga memaklumkan walaupun terdapat banyak stesen pengecas lain yang tidak digunakan seperti Tesla Supercharger, pengguna terbabit memilih Tesla Destination Charger (TDC) kerana percuma.

Bagi netizen tindakan warga Singapura itu melampau dan berpendapat dia seharusnya menggunakan stesen pengecas EV berbayar.

“Sepatutnya kereta Singapura tak boleh cas kat ruangan percuma tu.

“Pergi negara dia semua kena bayar. Dia masuk negara kita semua nak percuma.

“Daripada RON95 sampai cas kereta, dia saja yang nak sebat.

“Tempat kena bayar kau kedekut nak bayar, berebut dengan orang nak cas percuma,” katanya.

Namun ada juga warga maya mendakwa cas berkenaan terbuka kepada semua kereta Tesla tanpa mengira pengguna dari mana-mana negara.

“Semua pengguna Tesla boleh guna, yang penting pakai Tesla,” katanya.