‘Walid’ perkosa, cabul 20 pelajar, konon proses pensucian rahim

‘Walid’ perkosa, cabul 20 pelajar, konon proses pensucian rahim
Seorang individu yang memegang jawatan pimpinan yayasan sebuah pondok di Lombok Barat, Indonesia ditahan polis selepas didakwa melakukan keganasan seksual terhadap puluhan pelajar perempuan.
Memetik laporan media tempatan Indonesia, suspek yang turut digelar sebagai ‘walid’ itu didakwa memperdaya mangsa dengan menjanjikan proses ‘pensucian rahim’.
Difahamkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah bilik pada waktu malam.
Pelajar tersebut dijanjikan akan melahirkan anak yang menjadi seorang wali.
Hasil siasatan awal mendapati penderaan seksual itu berlangsung sejak 2016 hingga 2023 dan hampir 20 pelajar telah menjadi mangsa perbuatan jijik tersebut. Namun tujuh daripada mereka telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
Sebahagian mangsa mengaku diperkosa, manakala selebihnya dicabul.
Kes ini terbongkar selepas beberapa pelajar menonton drama Malaysia bertajuk ‘Bidaah’ yang menampilkan watak pemimpin kultus sesat bernama Walid Muhammad Mahdi Ilman.
Persamaan jalan cerita dengan pengalaman mereka di pondok itu mendorong mangsa berani bersuara dan melaporkan kepada Unit Perlindungan Perempuan & Anak (PPA) Polresta Mataram.
Kerana drama Walid ini mereka berani untuk speak up.
Menurut sumber, Polis telah memanggil saksi-saksi, termasuk mangsa untuk siasatan lanjut.