“Dia jerit minta tolong, cakap sakit” – Tiap kali datang bulan, ibu ‘wakilkan’ anak perempuan puaskan nafsu suami

“Dia jerit minta tolong, cakap sakit” – Tiap kali datang bulan, ibu ‘wakilkan’ anak perempuan puaskan nafsu suami
Seorang wanita tular di TikTok selepas dia membuat pendedahan mengejutkan tentang arwah suami serta anak-anaknya.
Menerusi video yang dikongsi, wanita itu pada mulanya menceritakan kisah dia diganggu ah long kerana hutang-hutang lampau arwah suaminya.
Namun ketika ditanya tentang keberadaan anak-anaknya, wanita itu mendedahkan dia kini hidup sebatang kara kerana dosa lampau.
“Anak-anak akak tak contact dan tanya khabar. Mereka marah akak, sebab akak biarkan suami pukul dan dera mereka. Saya cuma diam tengok je,” luah wanita itu.
Menerusi video sama, wanita itu mendakwa salah seorang anak perempuannya juga pernah menjadi mangsa nafsu serakah arwah suaminya.
Lebih mengejutkan, wanita itu berkata ia berlaku sejak mangsa masih kecil, namun dia tidak pernah bertindak menghalangnya.
“Rasa berdosa sangat dekat anak perempuan akak yang sulung tu. Akak biarkan apa je ayah tiri dia buat dekat dia. Sejak dia kecil lagi.
“Tiap-tiap kali akak datang period, ayah tiri dia paksa layan. Selalu dengar dia menjerit minta tolong, sebut nama akak dan cakap sakit. Tapi akak biarkan je,” kongsinya lagi.
Video pendedahan wanita itu dikongsi menerusi akaun TikTok Ariff Peter.
Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang melabel wanita itu sebagai ibu zalim.
“Sorry. Kalau aku jadi anak pun memang aku tak nak balik dekat mak macam ni.
“Patutlah anak-anak dah tak ambil tahu. Mak apa macam ni? Dah terlambat nak nangis.
“Sebab tu lepas kematian suami saya tak kahwin walaupun ada yang mahu.
“Kau memang tak layak jadi mak. Sekian. Aku geram,” tulis beberapa netizen.
Sumber: mStar