Video rakan baik menangis depan pusara Nur Farah Kartini undang sebak
Sekitar jam 5.20 petang semalam, jenazah Nur Farah Kartini Abdullah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.
Difahamkan seramai 400 orang hadir di tanah perkuburan tersebut, termasuklah wakil Kerajaan Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib.
Dalam pada itu, tular sebuah video di TikTok memaparkan situasi di tanah perkuburan berkenaan di mana seorang wanita yang dipercayai sahabat arwah dilihat longlai dan menangis ketika di hadapan kubur.
@theatikluqman #CapCut AL-FATIHAH DIBACA FARAH KARTINI MOGA ROH AKAK DICUCURI RAHMAT DAN TENANG, #kenangan #friends #pekan #farahkartini #sadvibes #missingyou #upsi #malaysia #oranghilang #tv3 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #karina #kami#kafar#kany#kamanda#friends #karina#aiteam #aiteam❤️ #aiteamfamily #malaysia #berita #farahkartini #karina#aiteamniboss
Beberapa individu yang berada di sekelilingnya cuba menenangkan wanita yang dikenali sebagai Dayang ini dan abang arwah yang berada di tempat kejadian juga dilihat meletakkan batu nisan yang tertulis nama arwah.
“Al fatihah dibaca. Farah Kartini, moga roh akak dicucuri rahmat dan tenang,” tulis kapsyen.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka melihat video tersebut dan memberi kata-kata semangat buat wanita bernama Dayang ini agar tabah dengan pemergian sahabatnya itu.
Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Moga orang-orang terdekat dengannya kuat semangat.