“Gurauan itu ada batasnya” – Trend edit gambar guna AI jadi video kung fu dikecam

“Gurauan itu ada batasnya” – Trend edit gambar guna AI jadi video kung fu dikecam

 

“Gurauan itu ada batasnya” – Trend edit gambar guna AI jadi video kung fu dikecam

Pada hari ini teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence/AI) telah merevolusikan pembuatan sehinggan penyuntingan kesan khas boleh dibuat dengan ‘satu klik’ sahaja.

Bagaimanapun bukan semua perkara yang dihasilkan oleh AI mendatangkan kebaikkan, ia turut memberikan impak negatif kepada penggunanya.

Baru-baru ini tular satu trend video ‘Kung Fu AI’ yang membolehkan satu gambar statik bertukar menjadi video ‘berkung fu’.

Antara gambar-gambar yang digunakan seperti pengantin lelaki dan tok kadi dalam majlis akad nikah, pasangan pengantin sedang bersanding dan graduan mengambil skrol di atas pentas.

Menerusi gambar-gambar yang disunting, hasil video AI menunjukkan individu di dalam gambar ‘berkung fu’, sehingga ada yang mengeluarkan api.

Ramai netizen berasa hasil video-video ‘Kung Fu AI’ itu menghiburkan hati.

Bagaimanapun ada segelintir yang berasa kurang senang apabila teknologi itu digunakan pada gambar yang ‘tak kena tempat’.

Trend video itu telah mendapat perhatian seorang penulis prolifik, Angan Sunan yang menegur tindakan tersebut.

“Di TikTok sekarang, tular kesan (effect) visual Kungfu Shaolin. Gambar kita akan dijana oleh AI TikTok lalu orang-orang dalam gambar itu macam real bergerak dan berkungfu level naik kaki bagai.

“Kemudian ramai la duk buat, gambar ambil skrol di majlis konvo, tiba-tiba berkungfu dengan Timbalan Naib Chanselor atau seumpama. Laki bini berkung fu-kung fu.

“Orang yang waras tak buat video begitu kerana kurang adabnya tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita.

“Serius, yang ikut trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya,” petik hantaran Facebook beliau.

Setakat artikel ini ditulis, video trend ‘Kung Fu AI’ itu masih dimuat naik oleh pengguna TikTok.

Dan warganet terus berdebat sama ada ia satu perkara yang dianggap gurauan atau sebaliknya.