[Video] Hisap jari jurujual wanita, lelaki berbaju askar didakwa lakukan gangguan seksual
Isu gangguan seksual yang sering berlaku ditempat awam sememangnya semakin menjadi-jadi. Ada sahaja berita berkenaan perkara tidak senonoh itu berlaku lebih-lebih lagi melibatkan kaum perempuan.
Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, seorang pengguna menggunakan nama akaun Amir Hamzah Abdul Hamid menulis perihal gangguan seksual yang dilakukan oleh anggota tentera kepada seorang pejaga kedai perempuan.
Buat perkara menjijikan
Melalui maklumat yang tulis, anggota tersebut difahamkan telah datang ke kedai vape untuk mendapatkan perisa baharu.
Namun secara tiba-tiba mengenepikan pod vape tersebut dan menarik tangan mangsa. Tak hanya itu, Amir Hamzah mendakwa anggota tentera berkenaan telah menghisap jari wanita berkenaan.
Siap ada rakaman lagi
Rakaman video dari kamera litar tertutup juga turut disertakan dalam perkongsian berkenaan sebagai bukti kejadian tersebut dilakukan oleh anggota tentera yang masih lagi memakai uniform kerja.
Pesanan supaya wanita terus berhati-hati
Pastinya dia berasa marah kerana gangguan seksual dilakukan dengan sesuka hati seperti perkara tersebut sudah biasa terjadi. Oleh sebab itu, pengguna Facebook berkenaan telah meminta orang ramai terutamanya golongan wanita untuk berhati-hati dengan individu tidak dikenali.
Di akhir perkongsian berkenaan, dia memaklumkan yang sebenarnya kes sebegini kerap terjadi namun laporan polis yang dibuat oleh pihak wanita sekadar membuat laporan sahaja dan kebanyakkannya enggan memperpanjangkan cerita.
Tindakan biadap lelaki yang berpakaian uniform tentera itu sememangnya mendapat kecaman dari warganet kerana sangat kurang ajar dan tidak menghormati wanita.
Mereka juga menggesa agar anggota tentera itu menerima hukuman sewajarnya lebih-lebih lagi melakukan perbuatan terkutuk itu dengan memakai uniform penjawat awam.
Sumber: ohmymedia