[Video] Gadis cemas dengar rintihan anak dan isteri jiran teriak, merayu suami jangan ‘bantai’ lagi
Zaman sekarang, tak dinafikan semangat hidup berjiran sudah makin tipis lebih-lebih lagi wujudnya sikap sesetengah pihak yang suka jaga tepi kain orang.
Namun sekiranya kita diuji musibah, hakikatnya merekalah orang yang paling dekat untuk hulurkan bantuan.
Baru-baru ini, seorang gadis sempat merakam suara rintihan anak kecil dan wanita yang merayu agar tidak terus ‘dibantai’ dari rumah jirannya.
Jelas individu yang dikenali sebagai Dayah itu lagi, kejadian serupa pernah banyak kali berlaku sebelum ini.
Namun gara-gara takut berlaku apa-apa buruk terjadi, keluarganya tekad untuk laporkan kejadian itu kepada polis.
@nurbby_ Dh bt report tnggu polis ja maiii..bpa kli dh bini dy kna pukoi bru ni berani nk bt reportπ#fyp #fyppppppppppppp
β¬ original sound – β³πΎπππΉπΆππΆπ½ – β³πΎπππΉπΆππΆπ½
Punca jirannya itu dikatakan naik berang apabila pintu rumah dikunci oleh isterinya.
Namun lelaki terbabit berjaya menerjah masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang dan sambung belasah mereka.
Terdahulu, Dayah malah pernah ternampak dia dipijak oleh suami sendiri depan matanya.
Sebaik polis tiba, wanita malang itu terus mengadu ‘dibantai’ suaminya.
@nurbby_ Sian kak tu…dy xbrani nk bt reportπ₯²#fyp#fyp
β¬ original sound – β³πΎπππΉπΆππΆπ½ – β³πΎπππΉπΆππΆπ½
Rata-rata netizen nyata seram dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga terbabit.
Selain itu, mereka turut memuji sikap prihatin Dayah yang berjaya menyelamatkan jirannya.
Sumber:Β Kisah Dunia