“Bila tegur dituduh kuat cemburu” – Wanita pelik suami kerap VC bekas isteri, alasan nak tengok anak

“Bila tegur dituduh kuat cemburu” – Wanita pelik suami kerap VC bekas isteri, alasan nak tengok anak
Perasaan cemburu merupakan sifat semula jadi manusia yang sering dikaitkan dengan golongan wanita.
Begitulah yang dialami wanita ini selepas mendapati suaminya sering berhubung dengan bekas isteri.
Meluahkan apa yang terbuku di hati melalui media sosial, dia mengakui rasa terkilan dengan sikap suaminya kerana gemar menjadikan anak sebagai alasan untuk menghubungi bekas isteri.
Lebih menyedihkan apabila kebanyakan masa sering dihabiskan di telefon pintar berbanding dia di depan mata.
“Normal ke kalau pasangan kita, boleh dikatakan 24 jam buat panggilan video dan WhatsApp bekas isterinya?
“Katanya demi anak, bekas isteri pun sama dan kadang-kadang sampai pagi buta pun buat panggilan video untuk tunjuk sikap anak yang suka mengamuk.
“Adakah normal atau aku terlalu naif tentang perasaan mereka,” ajunya menerusi hantaran yang dibuat.
Cuba mempertahankan mahligai yang dibina, dia meluahkan perasaan dan kebimbangan tentang tingkah laku suaminya.
Namun malangnya, dia dituduh tidak mempunyai sifat keibuan serta kuat cemburu.
“Saya persoalkan kepada suami hal ni, dia cakap saya tiada sifat keibuan sebab tak ada anak dan tak memahami situasi mereka.
“Jawapan yang diberikan menyebabkan saya tertanya-tanya sama ada pasangan yang berpisah akan melakukan perkara sama untuk anaknya atau sebaliknya,” luahnya lagi.
Menurut wanita ini, situasi yang dialami itu sedikit sebanyak mengganggu emosinya.
Tambahan pula, dia cuba menjadi ibu kepada anak tirinya apabila mereka meluangkan masa bersama.
“Anak tu lima tahun, kalau keluar bersama saya, tak ada pula dia minta hubungi maknya tapi suami yang selalu WhatsApp bekas isterinya.
“Setiap kali luang masa bersama, dia (bekas isteri) akan hubungi tanpa henti dan menyebabkan saya rasa menyampah sangat. Suami pun buat perkara sama kalau anaknya bersama dengan bekas isteri.
“Apabila suruh rujuk, mereka tak mahu. Saya pula yang dimarah dan dituduh kuat cemburu selepas suruh jarakkan hubungan,” tambahnya sayu.
Luahannya itu mendapat perhatian warga maya termasuk golongan lelaki berstatus duda.
Kebanyakannya menyatakan kebimbangan tentang hubungan mesra yang masih terjalin antara suaminya dengan bekas isteri dan beranggapan masalah yang dialami itu bukanlah berpunca daripada rasa cemburu.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman tentang situasi seumpamanya.
“Tak normal, pengalaman saya mereka hubungi kononnya demi anak-anak… akhirnya mereka tidur sebilik.
“Saya janda yang kahwin dengan duda, tak ada hubungi (bekas suami) pun. Tapi suami tetap bagi nafkah pada anak dia dan kalau ada apa-apa urusan, segalanya melalui saya. Begitulah sebaliknya.
“Sepatutnya janda suami tu hubungi awak. Memang awak tak ada kaitan antara mereka berdua tapi awak adalah moderator sebab mereka dah jadi ajnabi.
“Tak normal, ni macam cinta bertaut kembali. Saya pun duda anak dua dan anak-anak dijaga bekas isteri… tak adanya nak berpanggilan video dan selalunya anak-anak yang hubungi saya,” demikian perkongsian warga maya.
Sumber: mStar