“Tunggu lama tapi hidangan sejuk” – Ini teguran padu Ustaz Sophian untuk Pak Mat Western yang ‘mendonia’

“Tunggu lama tapi hidangan sejuk” – Ini teguran padu Ustaz Sophian untuk Pak Mat Western yang ‘mendonia’

 

“Tunggu lama tapi hidangan sejuk” – Ini teguran padu Ustaz Sophian untuk Pak Mat Western yang ‘mendonia’.

Ketua aktivis Surplus Pulau Pinang, Ustaz Sophian Mohd Zain luah rasa kecewa semasa membuat reviu servis di restoran Pak Mat Western (PMW) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Sophian telah memuat naik video memaparkan dia berada di lokasi restoran itu bersama seorang lagi aktivis Surplus.

@sophianmohdzain12

Apa yang di review berdasarkan situasi sebenar yang berlaku … Tak tumbuh tak melata . tak sungguh tak kata … #ustazsophianpejuangrakyat #foodreview #usmz #fyp #pakmatwestern #surplus

♬ original sound – Sophian Mohd Zain – Sophian Mohd Zain

Pada video itu, Sophian memesan air Spanish Latte bersama sepinggan daging disamping memaklumkan mereka menggunakan duit sendiri untuk membeli hidangan itu dan tanpa sebarang penajaan.

“Air Spanish Latte harga RM11.90 ni memang sedap, tapi bagi saya dalam saiz yang cukup kecil, saya rasa tak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

“Daging pula, makanan ni baru je sampai. Sedap, bukan tak sedap. Tapi makanan sejuk, kita tunggu lama. memang kurang menyelerakan dan dengan harga begini.

“Saya bagitahu, makan semua ni kita bayar sendiri dan kita reviu berdasarkan rakyat marhaen. Kita reviu tanpa dibayar,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sophian turut memesan set ayam goreng namun beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap hidangan tersebut kerana mendakwa dihidangkan dalam keadaan sejuk.

“Ini berkaitan dengaan ayam pula, kita dapat dua ketul ayam dengan mashed potato dan coleslaw dengan harga RM13.90. Harga tiada masalah.

“Tapi apa saya naak bagitahu sini, beratur tunggu ayami ni sangat lama. Jadi bila kita tunggu lama, kita beranggapan ayam ni akan panas, barulah dapat menaikkan selera.

“Tapi kalau dapat ayam yang sejuk macam ni, kita nak makan pun hilang selera. Saya rasa tak berbaloi tunggu lama tapi kita dapat hidangan macam ni,” ujarnya.

Sementara itu, Sophian berkata dia sudah lama menyokong perniagaan PMW, sejak dari awal perniagaannya di tepi jalan.

Katanya lagi, dia memberikan reviu dan teguran sebegitu dengan harapan jenama daging perap itu dapat memperbaiki servis dan produk yang akan dihidangkan kepada pelanggan.

“Kita bagi reviu ni untuk menambahkan kebaikaan servis di PMW sebab nama dah mendonia, servis, produk dan barangan pun mestilah mendonia juga,” jelasnya.

Sementara itu, pengendali akaun TikTok Pak Mat Western Brand telah memberikan maklum balas terhadap video tersebut dan berkata mereka menerima teguran itu dan terbuka.

“Assalamualaikum tuan. Terima kasih untuk maklum balas daripada pihak tuan. Pihak kami akan ambil maklum untuk penambahbaikan di masa hadapan,” tulisnya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kenyataan daripada Sophian dan berkata mereka turut berdepan pengalaman sama.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen menegur PMW untuk memberi fokus kepada servis juga dan bukan sahaja kepada pemasaran.

Semoga PMW buat penambahbaikan, kepuasan pelanggan nombor ‘syatu’!