Ustazah Asma kongsi ‘Kiriman’ terakhir wanita dipercayai ditembak suami
Semalam kita dikejutkan dengan berita tragis pembunuhan seorang isteri didakwa dilakukan oleh suami sendiri. Ramai yang meluahkan rasa dukacita menerima perkhabaran yang meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Apatah lagi apabila arwah dikenali sebagai seorang individu yang baik semasa hayatnya. Daripada seorang yang tidak dikenali di dunia maya, nama arwah kini dalam doa ribuan rakyat Malaysia, termasuklah penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun yang mendoakan kesejahteraannya di akhirat sana.
Beliau meluahkan rasa tersentuh melihat kiriman-kiriman terakhir arwah sebelum meninggal dunia. Tanpa berkongsi aib rumah tangga, wanita itu banyak berkongsi kiriman bersifat keagamaan, termasuk beberapa siri live daripada Ustazah Asma sendiri.
SEMOGA HUSNUL KHATIMAH DAN BEROLEH JANNAH
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali”
Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil. Wajah dan suara keibuannya sungguh menyayat hati. Hanya Allah yang tahu hakikat ujian yang dilalui arwah, beliau begitu menjaga rahsia dan aib, tidak dikongsikan di media.
SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya.
Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT.
Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak..
SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya,
“Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah :
1. 1 Mac 2021 – posting last arwah tentang solat.
2. 24 Feb 2021 – Arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya.
3. 23 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar
4. 19 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11
5. 18 Feb 2021 – Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga
6. 14 Feb 2021 – Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin.
6. 10 Feb 2021 – Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.
Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut..
Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu..
Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat Arwah.
SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.. Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu umpama Taman SyurgaNya, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu..
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatanya” آمين يارب العالمين
Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga Arwah dalam waktu terdekat.
Selesai menuliskan dengan air mata jam 2.30pg
Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Sumber: Ustazah Asma Harun