Rupanya Ustaz Wadi Annuar pernah berkahwin, dedah punca masih solo

Rupanya Ustaz Wadi Annuar pernah berkahwin, dedah punca masih solo

 

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar akui pernah berkahwin susulan ramai yang tertanya-tanya status dirinya yang dikatakan masih lagi solo sehingga kini.

Menerusi podcast Apa Cerita? Ustaz Wadi telah membuat penjelasan bahawa dirinya pernah berkahwin seusai pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun di luar negara menuntut ilmu agama.

“Sebenarnya saya sudah berkahwin dahulu selepas balik, alhamdulillah selepas saya balik (dari menuntut ilmu) 2008, lebih kurang pada tahun 2009.

“Kemudian beberapa tahun dan bantera perkahwinan itu tidak lama. Daripada situ saya kekal (solo) sehingga ke hari ini seorang diri, alhamdulillah,” katanya.

@sueyusofpareeth777

Doakan ustaz bertemu jodoh lgi slepas ini dgn wanita yg solehah, dikurniakan chaya mata, bhgia hgga ke jannah amin ustazwadiannuar

♬ bunyi asal – sueyusofpareeth777☑️ – sueyusofpareeth777☑️

Beliau juga memaklumkan perkahwinan tersebut tidak memperoleh cahaya mata dan kanak-kanak yang kerap mengikutinya ketika keluar berdakwah adalah anak jiran.

Walau bagaimanapun, dia mendedahkan sebelum ini ada wanita yang datang mahu melamar namun dia menolaknya dengan baik kerana belum terbuka hati untuk kembali berumah tangga.

“Hari ini hari Ahad, semalam Sabtu masih ada yang datang meminang saya lagi. Tapi belum terbuka hati (berumah tangga).

“Pasti mahu berkahwin sebab saya juga ada perasaan. Sekolah menengah dulu pun saya ada jatuh hati dekat orang, dekat universiti pun saya ada luahkan hasrat untuk menjadikan isteri tapi waktu tu belum sampai masa,” ujarnya.

Pendedahan tersebut sudah tentu menjawab persoalan-persoalan yang pastinya bermain di fikiran sesetengah peminatnya yang sememangnya mengikuti pendakwah tersebut dalam pelbagai ceramah yang disampaikan.

Susulan daripada itu, pelbagai komen diterima di ruangan TikTok pengguna dikenali sebagai sueyusofpareeth777 apabila memuat naik kembali video dari YouTube podcast tersebut.

Kebanyakan mereka mendoakan agar suatu hari nanti ustaz dipertemukan dengan jodoh yang sesuai dan berharap agar segala urusannya dipermudah.

Podcast yang berdurasi lebih dua jam itu banyak berkongsi kisah-kisah insipirasi public figure yang memberi impak positif kepada masyarakat dan dihoskan oleh Asyraf Khalid serta Nazri Kamal.

Untuk episod tersebut, mereka telah mengundang pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar bin Ayub yang juga merupakan Pengerusi Akademi Darul Ilmi.