Ustaz Tido dikecam, paksa wanita ‘on camera’ sebab nak tengok bibir untuk betulkan bacaan Al-Fatihah

Ustaz Tido dikecam, paksa wanita ‘on camera’ sebab nak tengok bibir untuk betulkan bacaan Al-Fatihah

 

Aplikasi TikTok sudah menjadi salah satu platform dakwah kerana lebih dekat dengan anak muda. Jadi, ramai individu bergelar ustaz atau ilmuwan agama menggunakan platform ini dalam mengajar ilmu agama dan rohani kerana lebih mudah dan pantas.

Namun, seorang individu yang lebih dikenali sebagai Ustaz Tido telah menerima bidasan ramai apabila dia didapati memaksa wanita memdedahkan wajahnya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi video rakaman siaran langsung yang tular di media sosial, ramai mempersoalkan cara ustaz muda ini memberi tunjuk ajar terutamanya kepada golongan wanita.

Di dalam rakaman tersebut, dapat kedengaran ustaz tersebut cuba memaksa seorang wanita supaya mengaktifkan kamera sebelum dibenarkan sertai sesi pembetulan ayat al-Quran.

“Awak faham tak apa saya cakap ni? Awak dalam room jodoh boleh pula buka kamera ya? Dalam room baca ayat al-Quran awak tak buka?

“Apa hal awak nie? Awak faham tak? Silakan buka kamera cepat. Sifu suruh awak buka kamera,” kata ustaz tersebut dalam nada memaksa kepada wanita itu.

Namun begitu, wanita berkenaan tetap memilih untuk tidak mengikuti permintaan supaya dia menunjukkan wajahnya di dalam sesi tersebut.

Wanita itu malah merayu kepada ustaz yang dia mahu menyemak bacaan al-Fatihah tanpa membuka kamera kerana ada peserta sebelumnya yang boleh berbuat sedemikian.

Ustaz lalu mencelah dengan menjelaskan keperluan membuka kamera adalah untuk melihat pergerakan bibir agar sebutan huruf lebih menepati syarak.

Hantaran yang dikongsikan semula oleh beberapa akaun di media sosial telah meraih pelbagai reaksi netizen yang mana rata-ratanya curiga dengan pendekatan yang dilakukan oleh ustaz tersebut dalam mengajar ilmu agama.

Ramai juga mempersoalkan tujuan sebenar dia mengenakan syarat agar peserta menghidupkan kamera sebelum boleh meneruskan sesi pembetulan pada ketika itu.

aplikasi tiktok

aplikasi tiktok

Tambahan pula, sebahagian netizen menegaskan sebarang pembetulan pembacaan ayat Al-Quran boleh dibuat dengan hanya mendengar lontaran bacaan daripada peserta tanpa perlu melihat wajah seperti di dalam rancangan televisyen selama ini.