Tawar pakej umrah sambil tonton Cristiano Ronaldo, agensi pelancongan ini curi perhatian
Tawar pakej umrah sambil tonton Cristiano Ronaldo, agensi pelancongan ini curi perhatian
Selain melakukan ibadah di tanah suci, pada hari ini ada agensi pelancongan yang sedia menawarkan pakej umrah sambil melancong menerusinya.
Baru-baru ini, sebuah agensi pelancongan dari Indonesia sedia menawarkan sebuah pakej umrah yang unik di mana berpeluang melihat perlawanan bola sepak di dalam liga Saudi.
Di dalam promosinya, agensi menegaskan inilah waktu yang sesuai buat orang ramai melakukan umrah di samping mempunyai bonus boleh menonton Cristiano Ronaldo beraksi di dalam dunia sebenar.
Didakwa kini waktu yang tepat ke sana kerana bakal ada perlawanan terakhir Ronaldo di Jeddah musim ini pada bulan Februari nanti.
Difahamkan slot terhad kepada 35 orang sahaja dan dikenakan caj 34.5 juta rupiah bersamaan RM9,564bagi seorang. Caj yang dikenakan merangkumi segala pengangkutan, makan tiga kali sehari, menginap di hotel mewah dan melawat ke tempat bersejarah menerusinya.
Selain itu, anda juga bakal dijaga oleh seorang influencer yang juga meminati sukan bola sepak pada sesi perjalanan umrah kali ini.
Promosi pakej umrah ditambah bonus menonton Critiano Ronaldo sememangnya mencuri perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa teruja kerana mengganggap ia sesuatu yang unik.
Ada yang berseloroh mengatakan orang ramai pergi ke sana boleh beribadah sambil melihat bintang pujaan mereka beraksi selepas itu.
Salah seorang netizen dari platform X turut menjangkakan bakal ada pakej umrah sambil menonton Piala Dunia pada tahun 2034. Menariknya, ia bakal ditawarkan bermula tarikh 12 Januari yang mana pada ketika itu jatuh pada bulan Syawal.