“Hormati istiadat konvokesyen” – UiTM ‘warning’ graduan jangan buat isyarat-isyarat di atas pentas
“Hormati istiadat konvokesyen” – UiTM ‘warning’ graduan jangan buat isyarat-isyarat di atas pentas.
Konvokesyen merupakan satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh para graduan
Setelah beberapa tahun, akhirnya ia membuatkan hasil dengan genggaman sijil diploma dan ijazah.
Sudah tentu, ahli keluarga akan merasa bangga dengan kejayaan anda terutama ibu dan bapa. Terukir senyuman manis di wajah mereka.
Istiadat konvokesyen merupakan majlis yang penting untuk para graduan dan graduan perlulah mengikut peraturan yang ditetapkan, Apatah lagi dari segi tindakan yang anda lakukan ketika berada di atas pentas.
Baru-baru ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan peringatan buat para graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen mereka.
Menerusi video di TikTok @uitm_channel, mereka telah mengeluarkan peringatan agar para graduan tidak melakukan sebarang tanda atau isyarat tangan kerana ia dianggap tidak menghormati majlis konvokseyen.
Ia selepas sebelum-sebelum ini tular graduan yang dengan selamba melakukan pelbagai isyarat dan gaya tangan selepas menerima skrol.
“Peringatan kepada semua para graduan, jangan melakukan perkara-perkara sebegini di atas pentas. Sila hormati istiadat konvokesyen,” tulisnya.
@uitm_channel Peringatan kepada semua para graduan Jangan melakukan perkara-perkara SEBEGINI di atas pentas…sila hormati #istiadatkonvokesyenuitmke100 #konvokesyenuitmke100 #konvo100 #UiTMDiHatiku #usahatakwamulia