“Mesti ada cerita peribadi dia dengan Pak Lah” – Ini identiti lelaki menadah tangan di pengebumian Tun Abdullah

“Mesti ada cerita peribadi dia dengan Pak Lah” – Ini identiti lelaki menadah tangan di pengebumian Tun Abdullah

 

“Mesti ada cerita peribadi dia dengan Pak Lah” – Ini identiti lelaki menadah tangan di pengebumian Tun Abdullah

Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki warga emas yang hadir sendirian memberi penghormatan terakhir di majlis pengebumian bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Gambar yang diambil oleh wartawan Bernama itu tular apabila warga maya terharu melihat kehadiran rakyat biasa di tengah keramaian orang ternama.

Biarpun tanpa sebarang kapsyen, sekeping gambar kehadiran lelaki tersebut membuatkan ramai turut merasa sebak.

Tanpa diduga, insan biasa itu rupanya dikenali beberapa warga maya.

Seorang pengguna media sosial yang mengenali lelaki tersebut muncul tatkala dia melihat gambar berkenaan.

“Datang dari Indonesia dan sudah bermastautin lama di Malaysia. (Pak cik) penulis dan penterjemah buku-buku agama. Orang yang bila bercakap, kita boleh tahu tinggi ilmu agamanya.

“Mesti ada cerita peribadi dia dengan Pak Lah,” nukilnya di media sosial.

komen tentang ustaz mad zain

Ketika dihubungi SK, pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai I-syah memaklumkan bahawa lelaki tersebut merupakan salah seorang warga Program Perumahan Rakyat (PPR) Au3 Keramat.

Menurutnya, pertama kali mereka bertemu ialah ketika lelaki berkenaan menjadi sukarelawan menghadiri sesi saringan kesihatan.

“Sesi saringan kesihatan tu saya dan pasukan buat untuk kajian kami. Nama pak cik tu, Md Zain. Dia tinggal bersama keluarga, dengan isteri dan anak,” ujarnya.

Katanya lagi, lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 60-an.

“Betul, pak cik masih aktif menterjemah, tapi nama buku-buku tu saya tak pernah tanya. Terjemah dari bahasa apa tu saya ingat-ingat lupa, rasanya dari Bahasa Arab,” jawabnya ketika ditanya.

Imbau kembali, I-syah berkongsi saat berbual bersama warga emas tersebut.

“Ingat lagi saya pernah tanya soalan, ‘Pak cik rasa, pak cik ni orang yang macam mana? Kuat tak nak menghadapi cabaran?’ Soalan ni sebab saya nak lihat bagaimana dia melihat dirinya bila berhadapan dengan kesukaran hidup.

“Jawapan dia satu je, ‘La hawla wala quwwata illa billah,'” kongsi I-sha.

Menerusi ruangan komen, seorang lagi pengguna media sosial mendakwa lelaki berkenaan turut bertugas sebagai imam sambilan di kawasan itu.