Penduduk kampung terkejut jumpa tulisan nama peserta korban di paru-paru lembu

Penduduk kampung terkejut jumpa tulisan nama peserta korban di paru-paru lembu
Sebuah kampung digemparkan dengan penemuan mengejutkan ketika proses penyembelihan haiwan korban pada hari kedua sambutan Aidiladha tahun ini.
Pelik tapi benar, namun itulah yang terjadi apabila tulisan nama ‘Muhamad Musofa bin Jalal Sayuti’ tertera dengan jelas di bahagian paru-paru seekor lembu korban, seolah-olah ditulis dengan tangan manusia.
Insiden aneh itu berlaku di kawasan Masjid Al-Ikhlas, yang terletak di Pondok Aren, Tangerang Selatan di Indonesia.
Menurut salah seorang petugas pemotong daging dikenali sebagai Yusman, dia menyedari hal itu sewaktu ingin memotong paru-paru haiwan tersebut.
Sementara itu, Pengerusi DKM Masjid Al-Ikhlas iaitu Suhada, mengesahkan bahawa nama yang tertera itu memang milik salah seorang peserta korban tahun ini.
“Ini adalah satu mukjizat daripada Allah. Kami anggap ia sebagai satu peringatan dan pengajaran.
“Kalau Allah sudah berkehendak, tiada apa yang mustahil,” ujarnya.
Kejadian ini tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada yang menganggap ia sebagai satu petanda daripada Ilahi.
Namun dalam pada itu, tidak kurang juga yang mempersoalkan kesahihannya.
Bagi warga sekitar Pondok Aren, ia tetap menjadi momen luar biasa yang sukar dilupakan.
Sebagai peringatan bersama, penemuan sebegini biasanya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyarakat.
Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tersebut.
Bagaimanapun, janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban kerana Islam bukan begitu.