Tular video lelaki dihalau keluar naiki lif dengan Zahid Hamidi, ini jawapan Nurulhidayah!
Aktivis Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil meberi penjelasan selepas tular video seorang lelaki yang didakwa dihalau keluar daripada memasuki lif bersama dengan bapanya, Dato Seri Ahmad Zahidi ketika menghadiri pendengaran keputusan mahkamah terhadap beberapa tuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta baru-baru ini.
Atas Faktor Keselamatan
Menerusi Insta Stories, Nurulhidayah memuatnaik tangkap layar perbualan di WhatsApp mengenai video tersebut dan menjelaskan bahawa lelaki itu ditarik keluar dari memasuki lif bersama bapanya berikutan atas faktor keselamatan.
“Cerita dia bukan dia tunggu lif lama. Dia memang tunggu nak masuk lif sama-sama ke tingkat 4 Mahkamah. Atas faktor keselamatan, dia ditarik keluar untuk tidak bersama-sama dalam lif tersebut.
Siapa yang buat kerja bodyguard tahu la. Nak jelaskan pun payah tak tahu macam mana. Semua benda nak jadi isu”- jelas Nurulhidayah
Bukan Pengawal Peribadi Bapa
Tambahnya lagi, pengawal peribadi yang menarik keluar individu itu adalah kakitangan salah seorang kenalan dan menegaskan mereka bukan pengawal peribadi bapanya.
“‘Bodyguard tu’ merujuk kepada bodyguard salah seorang kenalan BUKAN bodyguard Zahid Hamidi. Dah nama dia bodyguard mana la dia kenal orang kan?
Dia buat kerja dia. Tak tahu la arahan apa dia dapat so buat jer la. So? salah Zahid Hamidi jugak? Mentang-mentanglah Zahid Hamidi semua salah”-tegasnya
Dipetik dari laporan Sinar Harian, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Mahkamah Tinggi pada 24 Januari baru-baru ini bagi mendengar keputusan berhubung 47 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).