Tular gambar pendakwah selebriti terkenal di media sosial, lelaki ini tak setuju cara netizen ‘sebar’ aib secara terbuka
AKU TAK SETUJU CARA INI. JANGAN buat begini. JANGAN!
Bukan begini caranya. Aku tak setuju mana-mana pihak bongkar apa-apa kes dengan melampau begini.
Yang ada video, yang ada screenshot perbualan, gambar dan sebagainya, JANGAN SESEKALI reveal secara terbuka.
Kau nak membongkar kebenaran atau kau nak mengaibkan orang?
Kena bezakan aib individu dan aib awam. Gambar, video dan seumpamanya itu aib individu. Bukan itu yang kami perjuangkan. Bukan serangan individu, bukan memalukan individu.
Aib individu patut semua orang jaga. Kita pun banyak aib, cuma Allah pelihara sahaja. Tak payah cari publisiti murahan dengan sebar aib individu sesiapa. Aku secara peribadi tidak bersetuju dengan sesiapa jua yang sebarkan aib individu seperti ini.
Aib awam sahaja kami sepakat untuk dedahkan. Aib awam boleh mudaratkan orang ramai jika terus disorok.
Contoh mudah, jika semua pakat diamkan hal ini, makin ramai menjadi mangsa. Asbab kami sepakat dedahkan aib awam tanpa tunjuk video ke, gambar ke, screenshot ke, petik nama sesiapa secara spesifik ke, ada mangsa-mangsa lama mulai tampil dan hubungi kami.
Ini yang kita mahu. Kumpulkan bukti dari ramai mangsa yang sebelum ini malu dan takut untuk dedahkan kerana individu tersebut terlalu berpengaruh dan mempunyai ramai peminat fanatik (taasub) sehingga apa jua benda tak betul dia lakukan peminat fanatik ini tetap pertahankan dia.
Kes 4-5 tahun lepas pun mula timbul semula. Mangsa mula berani kerana barisan peguam, asatizah, influencer dan ramai orang memberi sokongan pada mereka melalui pendedahan kami.
Kepada mana-mana mangsa yang masih mendiamkan diri, aku seru tampillah hubungi kami. Pihak kami dah bersedia dengan barisan peguam dan team sokongan untuk bantu kalian.
Terus hubungi sini ya :
http://www.wasap.my/+60183554308/GangguanS
Yang ada video, tolong amanah dan jangan sebarkan. Berbulan lamanya kami simpan bukti-bukti amanah ini, dapat kat korang sehari dua terus sebar begitu sahaja.
Ingat. Kita semua pendosa. Kita semua ada aib yang kita sorok dari masyarakat. Kita cuma bernasib baik kerana Allah sorok aib kita sahaja.
Begitulah.
Mohd Fadli Salleh
Sumber: Mohd Fadli Salleh