Tular gambar kahwin, status Baby Shima jadi tanda tanya, “Janda ke dia?”
Nama penyanyi dangdut, Baby Shima sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dan mendapat kecaman dari netizen.
Sebelum ini, Baby Shima dikecam kerana tampil seksi bergelek bersama Dato Aliff Syukri dalam video muzik single Baby Sayang. Kalini, tular pula gambar penyanyi dangdut itu dah berkahwin. Biar betul?
Dalam satu perkongsian di Tiktok, @Mellrusl memuatnaik satu video yang menunjukkan beberapa gambar Baby Shima bersama seorang lelaki dengan pakaian pengantin.
Bukan tu jer, terdapat juga persoalan daripada netizen bertanya adakah Baby Shima ni janda.
Itu saja info dan tidak dipastikan apa status Baby Shima sekarang ni.
Menurut laporan Berita Harian pada tahun 2015, Baby Shima akan menikahi pengurusnya sewaktu itu iaitu Mohd Afrendie Affendy (Andy) sebagai bakal suaminya.
Baby Syima akan nikahi pengurus sendiri
Juara Bintang Idola Berita Harian 2010, Baby Syima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memilih pengurusnya Mohd Afrendie Affendy (Andy) sebagai bakal suaminya.
Baby Syima, 23, sudah mengenali pengurusnya sejak lima tahun lalu. Dia adalah anak didik Edry Abdul Halim dan penyanyi Adam AF. Baby Shima juga adalah artis di bawah naungan Aico Empire Group, firma yang diusahakan Andy dan Adam.
Majlis perkahwinan Baby Shima dan Andy akan berlangsung pada 7 Jun depan di Dewan Azalea, Johor Baharu selepas mereka bertunang dalam satu majlis ringkas di Sabah, 1 Mei lalu dengan dihadiri keluarga terdekat.
“Kami akan bernikah sebelah pagi dan bersanding jam 2 petang di dewan berkenaan. Lokasi nikah masih belum dapat dimaklumkan,” katanya kepada BH Online hari ini.
Mengikut Andy, hubungan yang pada mulanya atas dasar kerja, lama-kelamaan membenihkan rasa sayang.
Sementara itu Syima yang dihubungi memberitahu selama rapat dengan Andy, hubungan itu dilihat tak lebih daripada paksi kerja.
“Kebetulan di KL, saya tak ada sesiapa. Jadi dia dan Adam selalu menemani saya keluar. Andy banyak menolong saya. Saya pun tak bersosial di ibu kota dan ruang lingkup lebih banyak dengannya. Dari situ tanpa diduga terbit rasa sayang dan cinta,” katanya.