Tular didera tuan sendiri, anjing Husky berjaya diselamatkan

Tular didera tuan sendiri, anjing Husky berjaya diselamatkan

 

Baru-baru ini, tular di media sosial memperlihatkan satu klip video yang berlaku di sebuah residensi yang terletak di Kajang di mana seekor anjing jenis Husky telah didera oleh tuannya.

Difahamkan rakaman daripada balkoni rumah itu memperlihatkan anjing tersebut seperti ditampar berkali-kali oleh tuannya sebelum beredar.

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai netizen bengang dan marah terhadap sikap si pelaku itu, malah ada yang turut mempertikaikan keputusan pemilik yang membela anjing baka ini jika hanya ingin menderanya.

Husky

Husky 2

Husky 3

Bagaimanapun dengan tularnya video ini, Caprice maklumkan bahawa anjing itu telah berjaya diselamatkan hari ini oleh Jabatan Perkhidmatan Vaterinar.

Bersimpati dengan nasib Husky tersebut, ramai yang menawarkan diri untuk membela anjing itu selain kelegaan orang ramai melihat keadaannya yang kini dilindungi dengan baik.