“Harga sebuah kemalasan..” – Tak suka nak tunggu lama, individu tawar servis ‘tukang beratur Sukiya’
“Harga sebuah kemalasan..” – Tak suka nak tunggu lama, individu tawar servis ‘tukang beratur Sukiya’
Restoran buffet seperti Sukiya dan BBQ Town secaranya khusus sering dikerumuni orang ramai sehingga perlu beratur panjang untuk tempoh yang lama tidak kiralah pada hari biasa atau pun hujung minggu.
Siapa sangka kini sudah ada servis hanya untuk menunggu giliran bagi pihak anda untuk mendapatkan tempat duduk di restoran buffet berkenaan?
Perkara ini ditemui oleh seorang pengguna di X yang mana berkongsi tentang individu yang menawarkan servis untuk menunggu giliran di restoran Sukiya dan BBQ Town di cawangan Central I-City Mall, Shah Alam.
“Weh! First time tahu ada orang buat servis ni! Boleh tahan harga cuma RM20 je,” tulisnya.
Malah, dia beranggapan itulah harga sebuah kemalasan nak beratur dan nak jimat masa untuk selesaikan benda lain.
Berdasarkan flyers servis yang dikongsikan, anda bakal dicaj RM20 pada hari biasa dan di hujung minggu pula dinaikkan sehingga sebanyak RM35.
Menjengah ke ruangan komentar, netizen meluahkan keterujaan mereka mengetahui kewujudan servis sedemikian walaupun tampak mengarut pada dasarnya.
Sementara itu di platform Threads pula, ramai netizen yang berebut mahu mendapatkan servis tolong beratur di Sukiya dan BBQ Town yang mana kini sudah habis ditempah semua slotnya.
Dalam pada itu, ada juga yang meminta si penyedia untuk meluaskan lagi servis beratur itu di kawasan-kawasan panas lain.
Susulan itu, boleh disimpulkan si penyedia servis sangat bijak merebut peluang dengan menyelesaikan masalah yang tidak disangkakan selama ini memang wujud hanya kerana individu malas untuk beratur panjang selama berjam-jam di kedua-dua restoran makan tanpa had itu.