Rakyat Malaysia berebut nak jadi tukang batu di UK, gaji cecah RM900 sehari
Rakyat Malaysia berebut nak jadi tukang batu di UK, gaji cecah RM900 sehari
Tukang batu bukanlah satu profesion yang diminati oleh rakyat Malaysia dan kalau ada pun boleh dikira dengan jari sahaja.
Namun, selepas ini mungkin ramai akan berubah fikiran selepas melihat tawaran gaji yang diberikan oleh syarikat di United Kingdom untuk kerja sebagai tukang batu terlatih.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai @gamispukak di TikTok telah berkongsi video suasan bekerja sebagai tukang batu di bawah sebuah syarikat di sana.
Apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen pada video yang mendedahkan mereka dibayar gaji setinggi RM900 sehari.
Malah, dia mendedahkan gaji minimum sehari bermula £146 untuk individu bergelar tukang batu profesional.
Dapat dilihat di dalam video lelaki itu menyusun batu-bata serta membersihkan serpihan simen lama serta meratakan mana yang perlu.
Lelaki ini dipercayai menjadi wakil kepada sebuah pusat latihan yang bertapak di Sabah dan sedia melatih bakat tempatan sehingga menjadi profesional dan diterima kerja dengan syarikat-syarikat besar di UK.
@gamispukak97 daftar sekarang di BORNEO BRICKLAYING EXCELLENT CENTER @myikmkk #borneo #malaysia #worldskills #roadtouk #bricklaying #bricklayer #builder #perantau
♬ Laskar Pelangi – Nathania Karina & TRUST (Trinity Youth Symphony Orchestra)
Susulan perkongsian lelaki itu menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya rakyat Malaysia meluahkan minat yang mendalam untuk menjadi tukang batu terlatih sepertinya kerana gaji yang lumayan dan mahu mengubah hidup keluarga.
Dalam pada itu, lelaki yang memuat naik video tersebut menekankan bahawa setiap individu yang mahu melebarkan sayap ke dalam profesion tersebut perlulah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dalam latihan sehinggalah selesai.
Ada juga menasihati netizen untuk berfikiran rasional kerana perlu mengambil kira kos sara hidup dan juga cukai yang tinggi di sana. Bagaimanapun, bagi yang pernah bekerja pula mendedahkan kebanyakkan keperluan asas sudah ditampung sepenuhnya oleh syarikat berkaitan.