Ini trik nak jimat hingga RM25k bila beli kereta baru
Ini trik nak jimat hingga RM25k bila beli kereta baru
Setiap tahun, syarikat pengeluar kenderaan pasti berlumba-lumba untuk melancarkan model baru masing-masing ke dalam pasaran, termasuk di Malaysia.
Baik jenama tempatan mahupun global, model-model baharu ini terdiri daripada pelbagai segmen.
Ada segmen kompak, sedan, SUV, MPV dan juga kereta elektrik (EV) yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Tanpa disangka-sangka, dalam deretan kereta-kereta baru yang diperkenalkan, ada yang kena dengan citarasa dan memenuhi keperluan kita.
Nak pula, kita memang tengah berkira-kira hendak menukar kereta baru, kan?
Namun biasalah, harga kereta bukannya murah. Ada yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Walaupun boleh buat pinjaman bank, kita tetap perlu buat pertimbangan yang mendalam sebelum keputusan hendak membeli kereta baru dibuat.
Alangkah baiknya kalau kita boleh jimat berpuluh-puluh ribu bila nak beli kereta.
Eh, memang ada pun! Korang boleh jimat sampai RM25,000 kalau beli kereta ikut cara ni.
Tapi, bila kita sebut benda yang jimat-jimat ini, biasanya untuk masa yang terhad je. Jadi, korang kena cepat-cepatlah.
Tak perlu berlengah lagi, jom kami kongsikan trik yang tak ramai tahu ini.
Okay, macam mana sebenarnya nak beli kereta baru tapi boleh jimat sampai RM25k?
Pertama, korang kena hadir dulu ke mana-mana roadshow sempena sambutan Ulang Tahun Kedua GWM.
Kempen ini disertai oleh 18 pengedar dari seluruh negara mengikut tarikh dan lokasi masing-masing. Tak perlu pening-pening, kami senaraikan di bawah.
23 – 24 November (7 showrooms)
Malaysia Tengah
- GWM USJ
- GWM Sg Besi
- GWM Jalan Ipoh
- GWM Glenmarie
- GWM Setia Alam
Utara Semenangjung
- GWM Butterworth
Selatan Semenanjung
- GWM Nusa Bestari
30-31 Disember (7 showrooms)
Malaysia Tengah
- GWM Puchong
- GWM PJ33
- GWM Kota Damansara
- GWM Kuala Selangor
Utara Semenanjung
- GWM Georgetown
Selatan Semenanjung
- GWM Senai, Johor
Malaysia Timur
- GWM Kuching
7-8 Disember (4 showrooms)
Selatan Semenanjung
- GWM Permas Jaya
- GWM Melaka
- GWM Seremban
Utara Semenanjung
- GWM Ipoh
Sebelum kami berkongsi lanjut, kami nak beritahu dulu apa yang menarik dengan roadshow ini.
Selain dapat melihat sendiri model-model GWM yang dijual, ada banyak lagi yang best semasa roadshow ini.
Korang boleh menang hadiah bernilai sehingga RM200,000 dengan tempahan yang korang buat dan GWM juga belanja ZUS Coffee selepas korang pandu uji.
Jom kami kongsikan apa yang korang kena buat dan yang paling penting, cara nak dapatkan penjimatan sehingga RM25,000.
Korang cuma kena ikut tiga langkah mudah di bawah je iaitu:
- Lawati mana-mana pengedar sah GWM dan pandu uji model GWM yang korang minat.
- Ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi GWM Malaysia untuk perkembangan terkini.
- Selepas selesai pandu uji, dapatkan baucar GWM x Zus Coffee yang boleh ditebus di mana-mana cawangan Zus Coffee di seluruh negara.
Untuk korang yang dah jatuh hati dengan model-model GWM, korang kena cepat-cepat buat tempahan untuk nikmati lebih banyak ganjaran:
- Buat tempahan mana-mana modem GWM yang korang minat di showrooms yang korang kunjungi sepanjang tiga minggu tempoh kempen.
- Rebut peluang untuk menang pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000 menerusi Sure-Win Lucky Draw.
Antara hadiah-hadiah yang mungkin menjadi milik korang adalah Dyson Cordless Vacuum Cleaner, LG Soundbar, Fujifilm INSTAX Mini 40, GWM Tumbler atau baucar GWM x Zus Coffee.
Siapa cepat dia dapat tau. Lebih menarik, 40 pelanggan pertama yang menempah GWM ORA GOOD CAT juga akan menerima kit aksesori sporty tambahan secara percuma.
Cara nak dapatkan penjimatan sehingga RM25,000
Berbalik ke topik utama kita, kini dah tiba masanya untuk kami dedahkan trik bagaimana nak dapatkan penjimatan sehingga RM25,000.
Penjimatan lumayan dan sangat berbaloi ini GWM ini tawarkan kepada mereka yang menempah GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07 di showrooms sepanjang kempen Ulang Tahun Kedua GWM.
Tapi kena ingat, tawaran ini hanya sah sementara stok masih ada dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.
Lagi satu, pendaftaran kereta yang korang tempah kena dilengkapkan sebelum 31 Disember ini.
Haa, mudah je kan nak berjimat sehingga RM25,000 bila beli kereta baru. Caranya, beli GWM ORA GOOD CAT atau GWM ORA 07.
Selain itu, korang juga akan menikmati penyelenggaraan percuma selama lima tahun jika membeli dua model yang kami sebutkan di atas.
Lagi gempak, promosi penyelenggaraan percuma lima tahun ini juga sah jika korang model-model GWM yang lain seperti GWM TANK 300 dan GWM HAVAL H6 HEV.
Kesimpulannya, usah bertangguh lagi. Tanda kalendar masing-masing dan kunjungi showrooms yang kami senaraikan di atas pada tarikh yang dinyatakan.
Pandu uji dan segera buat tempahan mana-mana model GWM untuk nikmati pelbagai ganjaran menarik.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan Facebook GWM atau boleh je bertanya dengan wakil GWM yang sedia melayan pelanggan di showrooms nanti.