Tragedi Aidiladha, lima sekeluarga maut kemalangan

Tragedi Aidiladha, lima sekeluarga maut kemalangan

 

Tragedi Aidiladha, lima sekeluarga maut kemalangan

Lima sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jerantut Feri, dekat Jerantut, Pahang, tengah malam tadi.

Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Bezza dan Toyota Alpard dilaporkan berlaku sekitar jam 12.42 tengah malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Raza Taja Rahim berkata, pusat gerakan operasi bomba negeri menerima laporan mengenai kemalangan maut itu jam 12.39 tengah malam dan sepasukan pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut dihantar ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal pegawai operasi, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan dan lapan mangsa.

“Terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita dewasa dalam kenderaan Toyota Alphard, manakala lima mangsa lagi menaiki Perodua Bezza.

“Semua mangsa yang maut dalam kemalangan itu adalah dari kereta Perodua Bezza,” katanya.

Mohd Razam memaklumkan, dua mangsa maut akibat tersepit dan tiga lagi tercampak keluar dari kenderaan terbabit.

Katanya, kereta Perodua Bezza itu dipercayai dalam perjalanan dari Bota, Perak menghala ke bandar Jerantut, manakala Toyota Alphard pula dari arah bertentangan.

“Mangsa yang maut berusia antara 17 hingga 26 tahun.

“Mereka adalah pasangan suami isteri, Mohd Ikmal Ishak, 26 dan Nur Afiqah Aziz Jaafar, 23 tahun.

story-image

“Tiga lagi yang maut adalah adik kepada Nur Afiqah, Nurul Hazwani, 17; Mohd Azizul Hakimi, 19 dan Mohd Zulkifli, 21,” jelasnya.

Dia berkata, mayat mangsa maut dan cedera dalam kemalangan itu dihantar ke Hospital Jerantut dengan bantuan ambulan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Operasi mengeluarkan mangsa kemalangan terbabit selesai jam 1.21 pagi tadi dan siasatan kes itu diserahkan kepada pihak polis.