Tony Fernandes kongsi cara didik anak berjaya dalam pelajaran & pekerjaan

Tony Fernandes kongsi cara didik anak berjaya dalam pelajaran & pekerjaan

 

Tony Fernandes kongsi cara didik anak berjaya dalam pelajaran & pekerjaan

Baru-baru ini Tony Fernandes kongsikan berita gembira di mana anak keduanya telah graduasi.

Menerusi hantaran Linkedin Tony Fernandes, anak lelakinya itu merupakan pelajar terbaik dan telah mendapat pekerjaan yang bagus.

Dalam masa sama, beliau menyatakan seorang lagi anaknya turut miliki bisnes yang sedang berjalan dengan baik.

“Kedua-duanya rendah diri, bijak, rajin, dan tidak pernah meminta atau mengambil jalan pintas,” ujarnya.

Tony dalam hantaran itu juga kongsikan cara beliau mendidik anak-anaknya.

“Apa yang saya lakukan dengan baik? Saya tidak pernah memaksa mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu. Saya memberi sokongan sepenuhnya dan membiarkan mereka memilih jalan mereka sendiri. Kami tidak pernah menjadi ibu bapa yang terlalu menekan.

“Terlalu ramai ibu bapa yang memaksa anak-anak mereka memilih kerjaya dan bekerja keras semata-mata untuk kepuasan diri mereka sendiri. Tetapi ini adalah kehidupan anak-anak kita, dan kita sepatutnya menggalakkan mereka melakukan apa yang mereka cintai.

“Kedua-dua anak saya sangat gembira dengan kerjaya mereka dan cemerlang dalam apa yang mereka lakukan — jadi, saya pun gembira!” ujar beliau.

Perkongsian Tony dipersetujui oleh warganet yang lain.

“Memberi anak-anak kebebasan untuk memilih jalan mereka sendiri, dengan sokongan penuh, membuat perbezaan besar. Apabila mereka mencintai apa yang mereka lakukan, mereka akan cemerlang secara semula jadi—tanpa perlu tekanan,” kata netizen.