Lelaki ini kongsi tiga tips terbaik untuk jimat duit masa travel

Lelaki ini kongsi tiga tips terbaik untuk jimat duit masa travel

 

Lelaki ini kongsi tiga tips terbaik untuk jimat duit masa travel.

Melancong memang antara cara terbaik untuk meredakan tekanan kerja dan berehat sejenak daripada rutin harian.

Namun, kebanyakan daripada kita sering teragak-agak untuk merancang percutian kerana khuatir bajet akan lari daripada jangkaan.

Tambah pula, percutian sepatutnya menyeronokkan, bukan menambah beban kewangan selepas pulang.

Jadi, SK kali ini akan kongsikan tiga tip jimat duit yang boleh anda cuba semasa melancong, diambil daripada pengguna TikTok @ceotravelmy.

Jika kena caranya, pasti anda boleh berjimat dan tidak perlu ‘koyak poket’ setiap kali mahu melancong di dalam mahupun luar negara.

1. Tiket penerbangan & penginapan

Tiket penerbangan dan penginapan hotel sering kali memakan bajet yang besar.

Namun, jika dirancang lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh percutian, anda boleh jimat dengan mendapat promosi atau potongan harga.

Membeli tiket penerbangan awal memberi peluang untuk harga yang lebih murah, terutama apabila terdapat tawaran diskaun dari syarikat penerbangan.

Bagi tempahan hotel pula, membuat tempahan awal juga dapat memastikan anda mendapat bilik dengan kadar lebih rendah.

Jika tempahan dibuat saat akhir, biasanya hotel bajet sudah penuh, dan anda mungkin terpaksa memilih hotel yang lebih mahal.

2. Pengangkutan

Daripada menyewa kereta atau menggunakan aplikasi pengangkutan yang mahal, lebih jimat jika anda menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau kereta api.

Selain ‘memotong’ kos, ia juga memberi anda peluang untuk melihat kehidupan harian penduduk tempatan dengan lebih dekat.

Jika destinasi anda berhampiran, terutamanya di bandar-bandar besar atau negara Eropah, berjalan kaki juga adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan kos, sambil menikmati pemandangan sekitar.

3. Makanan

Kos makanan boleh dikurangkan dengan memasak sendiri jika tempat penginapan menyediakan dapur.

Tetapi, jika tidak mahu memasak, pilihlah tempat makan yang sering dikunjungi penduduk tempatan berbanding kawasan tarikan pelancong yang biasanya lebih mahal.

Makanan di lokasi pelancongan biasanya boleh mencecah dua hingga tiga kali ganda harga sebenar.

@ceotravelmy

Korang nak travel DIY dan budget? Aku sharekan 3 denda yang korang boleh cut cost untuk jimatkan trip travel korang. #CutiCutiTikTok #traveltips #backpack #Safetravel #backpacker

♬ Emotional Inspiration04 – TopMusicCreative

Semoga bermanfaat.