Tiga remaja dikecam selamba beritahu harga servis satu pelanggan RM500 – “Kita dapat beribu sehari, bro”

Tiga remaja dikecam selamba beritahu harga servis satu pelanggan RM500 – “Kita dapat beribu sehari, bro”

 

Tiga remaja dikecam selamba beritahu harga servis satu pelanggan RM500 – “Kita dapat beribu sehari, bro”

Baru-baru ini, tular sedutan video siaran langsung yang mencetuskan perhatian ramai apabila tiga remaja dengan selamba mendedahkan pekerjaan tidak bermoral yang mereka ceburi kepada umum.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh seorang individu di platform X, ketiga-tiga remaja berkenaan memberitahu viewers di TikTok bahawa harga yang ditawarkan mereka didakwa untuk servis memuaskan nafsu adalah sekitar RM500 untuk satu pelanggan.

Lebih mengejutkan apabila remaja berkenaan mengakui bahawa setiap hari, mereka berjaya meraih ribuan ringgit hasil daripada kegiatan tidak bermoral itu.

RM500 tu harga satu pelanggan. Kau ingat sehari RM500 je aku nak guna? Maaflah, kita ni high demand.

Kita dapat beribu sehari, bro.

Tidak cukup dengan itu, tiga remaja berkenaan tampil menepis dakwaan bahawa mereka menghidap jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Meninjau ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa bimbang terhadap kehidupan generasi masa kini yang semakin terdedah kepada kegiatan tidak bermoral, lebih-lebih lagi apabila mereka secara terbuka berkongsi hal sedemikian kepada umum.

Mana yang kenal family budak 3 orang ni, send lah video ni kat dorang. Sedih betul tengok. Lagu dah rempit, cara cakap pun rempit.

Semua bapok ke? ke ada perempuan sorang?

Bukan generasi sekarang yang teruk, cuma yang bodoh sering menonjolkan diri

Kasihannya budak lagi dah buat servis, rasa takut sikit dengan Allah pun dah tak ada ke?

Ni semua bercakap macam orang tak ada otak siak. Bercakap macam orang takda iman. Bercakap macam hidup dia sentiasa kat atas.