“Tiang gol patah, iron pecah..” – Pemilik homestay kesal ‘customer’ rosakkan harta benda, terpaksa tanggung kerugian

“Tiang gol patah, iron pecah..” – Pemilik homestay kesal ‘customer’ rosakkan harta benda, terpaksa tanggung kerugian

 

Di sebalik keuntungan harian, kehadiran tetamu atau pelanggan yang tidak mempunyai sikap bertimbang rasa adalah cabaran terbesar buat para pengusaha homestay.

Meskipun sudah berusaha menyediakan fasiliti yang berguna, hakikatnya tidak semua tetamu pandai menjaga harta benda dalam homestay yang sedang didiami mereka.

Demikianlah kejadian yang menimpa seorang pengusaha homestay berkonsep 5 bintang terletak di Melaka ini.

Menawarkan sebuah tempat penginapan mewah dengan kemudahan kolam renang, siapa sangka salah satu tetamunya meninggalkan rumah berkenaan dalam keadaan cukup teruk.

Pelampung koyak, seterika pecah, tiang gol mini patah, batu  hiasan bersepah di atas rumput termasuklah sisa nasi di dalam kolam renang.

Benar, setiap tetamu membayar harga booking untuk menggunakan kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan oleh pemilik homestay.

Namun itu bukan bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati memandangkan kerosakan sedemikian rupa akan melibatkan kerugian angka besar.

Tambahan pula, pihak homestay cuma mempunyai masa 3 jam sahaja untuk proses pembersihan sebelum tetamu seterusnya masuk menginap di sana.

@lazichomestay

Ini la antara risiko dalam dunia homestay, tak semuanya indah 😌 #lazichomestay #homestayprivatepool #homestaymelaka

♬ original sound – LazicHomestay | Pool Melaka – LazicHomestay | Pool Melaka

@lazichomestay

Replying to @alongpapashah Bau rokok memang paling degil nak hilang.. #lazichomestay #homestayprivatepool #homestaymelaka #tahunmelawatmelaka2024 #fyp

♬ original sound – LazicHomestay | Pool Melaka – LazicHomestay | Pool Melaka

Walaupun ada mengenakan caj deposit sebanyak RM300, jumlah berkenaan seakan tidak berbaloi untuk menampung kerosakan berjumlah RM1,000 yang terpaksa ditanggung oleh pemilik homestay mewah ini.

Walau bagaimanapun, dia berterima kasih dengan dengan sokongan moral serta cadangan yang diberikan oleh netizen.

@lazichomestay

Replying to @azralsyahril Alhamdulillah saya ambil deposit security RM300. Terima kasih kerana memahami 😊 #lazichomestay #homestaymelaka #homestayprivatepool #tahunmelawatmelaka2024 #fyp

♬ original sound – LazicHomestay | Pool Melaka – LazicHomestay | Pool Melaka