Tiada ‘tanda amaran awal’ punca pemandu Myvi langgar kawat besi

Tiada ‘tanda amaran awal’ punca pemandu Myvi langgar kawat besi

Jururawat merupakan salah satu pasukan frontliner yang sangat penting ketika satu negara sedang berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19 sejak tahun lalu lagi.

Terbaharu tular satu gambar menunjukkan satu kejadian di Labuan di mana sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang jururawat telah tersangkut pada kawat besi yang dipasang di tengah-tengah jalan raya.

Menurut satu tangkap layar mesej WhatsApp, mesej yang ditulis oleh sahabat kepada suami jururawat tersebut menyatakan kejadian berlaku pada awal pagi ketika jururawat tersebut dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.

Semasa kejadian berlaku, laluan tersebut tidak mempunyai tanda amaran awal seperti papan tanda, kon dan lampu hazard untuk memberitahu pengguna jalan bahawa laluan tersebut telah ditutup.

vocket-frontliner-myvi-terlanggar-kawat-besi-4

SUMBER GAMBAR: TWITTER @__ROMEO______

vocket-frontliner-myvi-terlanggar-kawat-besi-3

SUMBER GAMBAR: KOMEN DASHCAM MALAYSIA

vocket-frontliner-myvi-terlanggar-kawat-besi-5

Salah seorang pengguna Facebook berkongsikan komen dalam satu hantaran pula menyatakan jalan di kawasan tersebut dikatakan ‘menurun bukit’, ditambah pula jalan yang gelap ekoran ketiadaan lampu jalan lalu menyebabkan jururawat itu merempuh dawai kawad tersebut.

Ekoran kejadian yang berlaku, orang ramai menyeru pihak bertanggungjawab untuk meletakkan ‘tanda amaran awal’ supaya pengguna jalan raya dapat berjaga-jaga dan tahu jalan yang mereka akan lalui telah ditutup ekoran pelaksanaan kawalan pergerakkan.

Semoga jururawat yang terlibat dapat kemalangan ini segera pulih dan dapat bertugas kembali seperti sedia kala.

Sumber: TV