The Takumi : Pakar enjin di sebalik pembikinan semua enjin Nissan GTR
Dan di kilang Nissan di Yokohama, Jepun, gelaran ini hanya diberikan kepada 4 individu yang telah banyak berjasa kepada mereka. Mereka berempat ini adalah pencipta dan pemasang tunggal enjin kereta yang dianggap sebagai antara kereta sport paling hebat dalam sejarah automotif, Skyline GTR.
4 pakar tersebut adalah Takumi Kurosawa, Nobumitsu Gozu, Tsunemi Ooyama dan Izumi Shioya. Jika dihitung pengalaman hebat masing-masing dalam bidang automotif, ia melebihi 100 tahun secara kolektif.
Merekalah individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan setiap enjin V-6 twin turbo dengan 545 kuasa kuda yang dipasangkan pada Nissan GT-R. Setiap enjin dipasang dengan penuh teliti dan rapi oleh takumi.
Dan setelah setiap enjin disiapkan yang memakan masa hampir 6 jam, mereka dengan bangganya memasang plak yang mempunyai nama mereka pada enjin berkenaan. Ia sebagai lambang dan peringatan terhadap tahap kepakaran yang diberikan kepada setiap hasil kerja.
“Dengan memasang nama saya pada blok enjin, saya berasa saya mewakili nisan dan dianggap sebagai pembina enjin GT-R. Saya berasa sangat bangga,” – Takumi Kurosawa.
Penghasilan enjin menggunakan robot pada abad ke-21 adalah perkara biasa, namun di Nissan Yokohama mengawal bilik pemasangan yang memasang hampir 374 komponen enjin, kekal sebagai kerja tangan.
Ketika pengeluaran GT-R bermula pada tahun 2007, pelarasan pelepasan injap adalah dilakukan oleh mesin, namun kini semuanya menggunakan tangan. Daripada mengukur, mengetatkan dan mengukur kembali. Selepas semakan dan pengesahan secara manual, barulah ianya dihantar kepada pelanggan.
Jika anda hanya mahu memasang enjin GT-R, individu yang berkemahiran mampu mempelajarinya dalam masa 3 hingga 4 bulan. Tapi GT-R digunakan untuk bersiar-siar, atau dipandu dengan kelajuan 320 kilometer sejam di atas litar lumba, jadi ketepatan yang jitu adalah satu kemestian bagi setiap komponen enjin.
Kagum dengan penghasilan enjin hebat itu, ramai pemilik GT-R telah berkunjung ke kilang di Yokohama untuk bertemu dengan takumi. Malah, pengacara terkenal dari Amerika Syarikat, Jay Leno juga sempat berkunjung ke sana.
Di situ, mereka dapat melihat kehebatan teknologi dan tahap efisyen yang tinggi yang dimiliki kilang Nissan Yokohama. Setelah hampir 80 tahun beroperasi, hampir 35 juta enjin dihasilkan di kilang ini, termasuklah enjin VR38 yang terdapat pada Nissan R35.
Bagi Takumi, mereka bukan sahaja bertanggungjawab dalam memasang enjin tetapi juga menilai kualiti bahagian dan menjamin ketepatan enjin. Setiap enjin GT-R dihasilkan dengan tangan, oleh seorang takumi, dan inilah merupakan perbezaan daripada enjin-enjin yang lain.
Walaupun sudah hampir 20 tahun membina enjin, Izumi Shioya masih mencari kesempurnaan dalam hasil kerjanya.
“Apa yang saya anggap sebagai “enjin sempurna” adalah enjin saya yakin akan memberikan prestasi terbaik,” – Izumi Shioya
Walaupun kad nama takumi tidak menyebut status mereka sebagai antara tukang enjin terbaik dunia, namun penghargaan tertinggi dirasai apabila hasil kerja mereka siap, dengan nama dipahatkan pada setiap enjin GT-R, untuk selamanya.