“Orang tak suka daddy, jadi saya nak buat orang suka balik” – Thalita kongsi sebab mahu menyanyi
“Orang tak suka daddy, jadi saya nak buat orang suka balik” – Thalita kongsi sebab mahu menyanyi
Anak perempuan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Thalita kongsi sebab mahu menyanyi selepas ditanya pelawak dan penyampai radio, Shuib menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
“Kenapa tiba-tiba nak menyanyi? Ada sebab-sebab lain ke mimpi?”tanya Shuib kepada anak perempuannya.
Menurut pemilik nama Dzahira Talita Zahra atau mesra disapa Dekta, dia merasakan ramai yang tidak menyukai bapanya.
Justeru itu, dia mahu bernyanyi dan buat orang ramai kembali menghargai Shuib.
“Tak ada. Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi saya nak buat orang suka dengan daddy balik.
“Daddy selalu minta untuk doakan daddy,” jawabnya kepada Shuib.
@jumaidialijunaid Talita kongsi sebab2 dia nak mula menyanyi. salah satu puncanya sebab orang dah tak suka daddy @shuibsepahtu #talita #shuib #dekta #sitisarahraisuddin #anakbaik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu mendengar jawapan Talita dan dalam masa yang sama, mereka meminta semua pengguna media sosial menjaga penulisan ketika meninggalkan komen.
Sebab itu jangan tulis bukan-bukan di komen. Anak-anak akan baca, sedih bila anak baca ibu bapa dikecam macam-macam.
Dia ada telefon dan dia boleh baca apa netizen komen termasuk komen yang bukan-bukan.
Talita macam arwah ibu, selalu lindungi dan backup daddy.
Hati-hati nak komen dalam media ni.
Sebelum ini, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ini tak dapat tahan sebak sewaktu mendendangkan lagu ibunya berjudul Kesetiaan ketika mengadakan persembahan busking di Bukit Bintang.
Difahamkan, Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan sebanyak dua kali dan pada nyanyian kedua, emosinya sedikit tersentuh sehingga menitiskan air mata.
Selain lagu Kesetiaan, dia juga menyanyikan lagu Kekasih Bayangan sewaktu busking bersama stesen radio terbabit.