Terkejut video Bashar & Bashir terlepas di jalan raya tular, pemilik unta tampil bersuara

Terkejut video Bashar & Bashir terlepas di jalan raya tular, pemilik unta tampil bersuara

 

Pemilik unta dari Sungai Udang di sini menafikan rakaman video tular sepasang unta yang terlepas di jalan raya kawasan Tangga Batu berlaku pada Jumaat namun mendakwa ia merupakan insiden dua tahun lalu.

Warga emas, Bakri Ali, 60, berkata, disebabkan video yang tular di media sosial sejak beberapa jam lalu menyebabkan ramai kenalan menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.

Menurutnya, insiden membabitkan untanya yang diberikan nama Bashar dan Bashir itu berlaku apabila unta tersebut terlepas setelah pokok yang ditambat di rumahnya itu tumbang.

Bakri (kanan) menunjukkan unta peliharaannya yang dibawa ke Pantai Puteri.

Saya terkejut apabila ramai kawan hubungi sejak pagi beritahu unta saya terlepas, tetapi bila saya periksa kedua-dua ada di belakang rumah.

“Saya tak pasti apa niat mereka tularkan semula video lama itu, ia menyebabkan saya terpaksa memberi penjelasan kepada orang ramai,” katanya menurut Sinar Harian.

Tambahnya, dalam kejadian itu binatang tersebut terlepas hingga ke sebuah stesen minyak berhampiran dan berhenti untuk meragut rumput.

“Bila dimaklumkan, saya dan anak kemudian terus ambil dan bawa pulang kedua-duanya.

“Bashar serta Bashir adalah pasangan unta jantan dan betina yang saya beli dari Australia sejak 2008 dan kini berusia 13 tahun,” katanya.

Video tular berdurasi 48 saat itu memaparkan sepasang unta terlepas di jalan raya dan menuju ke berapa buah kenderaan.

@ijanichiiiiii

Sy re upload balik video lama ni guna lagu baru ๐Ÿคฃ adui xtao plk leh viral. ๐Ÿ™๐Ÿ™ lyn jela

โ™ฌ ALAMAKKK – [ ๐‘ป๐’€๐‘ช ] ๐’๐ก๐š๐š๐’๐จ๐ฆ๐ž๐ฅโ™ก