“Telur atau ayam dahulu” – Gara-gara tak jawab teka teki, lelaki tikam rakan hingga maut

“Telur atau ayam dahulu” – Gara-gara tak jawab teka teki, lelaki tikam rakan hingga maut

 

Seorang lelaki yang hanya dinamakan DR (30) tanpa rasa bersalah telah menikam temannya sehingga meninggal dunia di Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara (Sultra).

Motif pembunuhan itu hanya berpunca daripada soalan teka-teki tentang ayam atau telur, mana yang muncul dahulu.

“Pelaku telah ditangkap dan ditahan di balai polis,” kata pegawai, La Ode Arsangka kepada wartawan.

Pembunuhan itu berlaku di Jalan Poros Raha-Lakapera Desa Labasa, Kecamatan Tongkuno Selatan, Muna, pada Rabu (24/7).

Mangsa dan pelaku pada waktu itu sedang berpesta minuman keras (miras) di rumah salah seorang penduduk lapor Detik.

“Mangsa datang untuk membayar hutang ke rumah salah seorang saksi, kemudian diajak minum oleh pelaku,” terangnya.

Arsangka mengatakan berdasarkan keterangan saksi di lokasi kejadian, insiden bermula ketika pelaku memberikan dua teka-teki kepada mangsa. Pertama, mengenai ayam atau telur, mana satu yang muncul lebih dulu.

“Pelaku memberikan teka-teki kepada mangsa dengan bertanya ‘apa yang duluan lahir, ayam atau telur’. Selepas itu mereka berdebat,” ujarnya.

Namun, mangsa bertindak untuk pulang semasa berdebat dan meninggalkan pelaku. Pelaku kemudiannya pulang ke rumahnya untuk mengambil badik (pisau) lalu mengejar mangsa dan menikam mangsa sebanyak 15 kali sehingga meninggal dunia.