Tayar terkeluar sikit dari garisan parkir, wanita terkejut kereta kena ‘clamp’

Tayar terkeluar sikit dari garisan parkir, wanita terkejut kereta kena ‘clamp’

 

Tayar terkeluar sikit dari garisan parkir, wanita terkejut kereta kena ‘clamp’

Jika sesebuah kenderaan diletakkan pada kawasan yang dilarang, kenderaan tersebut memang boleh dikenakan tindakan clamp sebagai denda.

Namun, bagaimana pula jika kita sudah meletakkan kenderaan di ruangan parkir yang sepatutnya tetapi tetap kena clamp?

Perkara inilah yang terjadi terhadap seorang wanita di sebuah kawasan parkir di Taman Tun Dr Ismail, yang mendakwa tayar kereta miliknya dikunci pihak pengurusan kawasan terbabit.

Menerusi hantaran yang dimuat naik wanita itu, katanya dia meletakkan kenderaan di kawasan parkir terbabit kerana mahu menghantar bayinya yang sakit ke klinik.

Ujarnya, selepas selesai urusan di klinik, dia agak terkejut sebaik tiba di keretanya apabila mendapati tayar kenderaannya dikunci.

Wanita itu keliru kerana dia meletakkan kenderaan dalam kotak parkir tetapi tayar belakangnya sedikit terkeluar daripada garisan kotak parkir.

“Kereta saya kena clamp di kerana tayar keluar garisan. Korang, tolonglah, adakah saya yang salah atau saya sedang dibuli?

“Saya park secara senget kerana kereta di sebelah saya sebelum ini park terlalu depan, jadi saya tidak dapat masuk dengan betul,” katanya.

Grh79s2aoAAkgVA

Susulan itu, dia kemudian menghubungi pihak pengurusan untuk bertanya lanjut mengenai insiden itu namun gagal.

Dalam satu hantaran lain, dia memaparkan resit denda sebanyak RM50 susulan daripada tayar yang dikunci.

Oleh sebab tidak mendapat penjelasan lanjut daripada pihak yang mengenakan denda itu, dia tidak pasti untuk melaporkan isu terbabit kepada siapa memandangkan itu adalah kawasan persendirian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan isu yang dibangkitkan wanita berkenaan.

Netizen beranggapan wanita berkenaan tidak membuat sebarang kesalahan seperti mengganggu lalu lintas mahupun keadaan trafik di lokasi.