Tanpa sebarang alasan, Majlis Agama Islam Kelantan tak sambung tauliah Ustaz Muhaizad
PENDAKWAH bebas, Ustaz Muhaizad ataupun Muhaizad Mohamed tidak disambung tauliah kebenaran mengajar agama oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Muhaizad dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
โKami, pihak Ustaz Muhaizad telah memohon penyambungan semula tauliah kebenaran mengajar daripada MAIK pada beberapa tempoh yang lalu.
โNamun dukacita dimaklumkan, pihak MAIK memaklumkan bahawa penyambungan tauliah untuk Ustaz Muhaizad Mohamed โ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ปโ.
โSebelum kami sebarkan makluman ini, kami pastikan dulu isi kandungan surat ini adalah benar daripada MAIK dengan menghubungi pihak yang terlibat dan dimaklumkan ianya betul daripada MAIK,โ katanya.
Pada Nov 2021 Ustaz Muhaizad mencetuskan kontroversi berhubung mandi Safar.
Kenyataannya mengenai isu itu mengundang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memanggilnya kerana memberikan pandangan mengenai amalan mandi Safar.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, berkata amalan mandi Safar adalah khurafat dan perkara itu sudah disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.
Selain itu, Muhaizad juga dilihat sering memberi kenyataan ataupun โpendapat yang tidak sealiran dengan PASโ.
Menurut hantaran itu lagi, MAIK tidak memberi sebarang alasan berhubung keputusan untuk tidak menyambung tauliah Ustaz Muhaizad.
โSetelah ditanya atas alasan apa tauliah untuk Ustaz Muhaizad tidak diteruskan lagi, jawab pihak MAIK adalah kerana ianya ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐๐๐๐๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐. ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ท๐ฎ.
โOleh itu, kami pihak Ustaz Muhaizad memohon maaf kepada semua masjid yang menjemput al Fadhil Ustaz Muhaizad untuk berkuliah kerana tidak dapat tunaikan hajat pihak tuan puan buat masa ini.
โDoakan yang terbaik buat semua. Mudah mudahan dakwah Ahlus Sunnah Wal Jamaโah tetap meluas di tanah serambi Makkah ini, Kelantan Darul Naim,โ katanya lagi.