Tanah rizab Melayu di Perak hilang?
Seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu di Perak didakwa telah dipindah milik kepada bukan Melayu akibat penyelewengan sindiket yang didakwa didalangi oleh pegawai kerajaan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mendedahkan, sindiket itu menyasarkan tanah di daerah Sitiawan yang telah digazetkan sebagai tanah rizab Melayu pada 1930. – UO