Mangsa banjir tampar ketua kampung, tersinggung hanya diberi lima bungkus mi segera
Mangsa banjir tampar ketua kampung, tersinggung hanya diberi lima bungkus mi segera
Seorang mangsa banjir dari Dusun Menjalin Tengah, Kecamatan Menjalin, Kabupaten Landak, tergamak menampar ketua kampung selepas berasa tersinggung apabila hanya diberi lima bungkus mi segera.
Kejadian berlaku pada Isnin lalu, semasa lawatan bantuan mangsa banjir oleh ketua kampung Desa Menjalin ke lokasi berkenaan bagi menyampaikan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).
“Beberapa penduduk ketika itu diagih bantuan oleh sukarelawan, bagaimanapun salah seorang mangsa berasa tersinggung dengan pemberian itu kerana disifatkannya sebagai sangat sedikit.
“Terpengaruh emosi, dia bertindak menampar saya dan membuang pemberian kami,” kata ketua kampung berkenaan, Servasius kepada wartawan pada Selasa.
Beliau bagaimanapun dapat mengawal keadaan.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Servasius berkata, sebanyak enam buah kampung terkesan dengan banjir berkenaan.
“Dari malam tadi hujan tanpa henti hingga banyak kawasan dinaiki air,” katanya lagi.