Asmuni Awi tinjau isu bangunan di bawah talian voltan tinggi TNB

Asmuni Awi tinjau isu bangunan di bawah talian voltan tinggi TNB

 

Asmuni Awi tinjau isu bangunan di bawah talian voltan tinggi TNB

Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak bagi kawasan DUN Manjoi, Dato’ Haji Asmuni Awi, terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menangani isu-isu rakyat di peringkat akar umbi.

Terkini, beliau turun padang meninjau bangunan-bangunan yang terletak di bawah kabel elektrik voltan tinggi milik TNB di sekitar Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi.

Difahamkan, sebanyak 19 notis telah dikeluarkan oleh TNB bagi mengarahkan bangunan tersebut dikosongkan atas faktor keselamatan.

Bagi memastikan kebajikan dan hak penduduk tidak terjejas, Asmuni memaklumkan bahawa satu pertemuan khas antara pihak TNB dan penduduk yang terlibat akan diatur dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terbaik secara harmoni.

“Kami faham keresahan penduduk, dan kami akan pastikan penyelesaian yang dicapai nanti mengambil kira kepentingan semua pihak secara adil dan menyeluruh,” ujar beliau ketika ditemui.

Dalam lawatan tersebut, turut hadir Penghulu Besar Ipoh Dr. Sani, Penghulu Manjoi En. Ainuddin, Pengerusi-pengerusi JPKK Gugusan Manjoi serta Ahli Majlis MBI.

Sebagai Pegawai Khas yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal DUN Manjoi, Asmuni terus memainkan peranan aktif dalam memudah cara urusan antara rakyat dan kerajaan negeri. Beliau dilihat sebagai jambatan penting dalam menyampaikan suara rakyat kepada pimpinan negeri, selain memastikan dasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksana dengan berkesan di peringkat lokal.

Inisiatif dan pendekatan proaktif beliau terus menerima sokongan masyarakat setempat yang menghargai kehadiran wakil kepimpinan yang dekat dan cakna dengan denyut nadi rakyat.