“Takut dia terkam baby..” – Wanita cemas, suami dirasuk sebelum sampai lokasi berubat

“Takut dia terkam baby..” – Wanita cemas, suami dirasuk sebelum sampai lokasi berubat

 

Seorang isteri cemas suami dirasuk di dalam kereta sebelum mereka tiba ke tempat mengubati gangguan mistik yang dialami.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Aretiqaahh, dia menceritakan dia berdepan detik cemas apabila suaminya secara tiba-tiba berubah kelakuan pada 27 Jun lalu.

Ketika kejadian berlaku, mereka turut membawa seorang bayi yang baru beberapa bulan yang juga berdepan dengan gangguan.

Kongsi ibu anak satu itu, mereka dalam perjalanan untuk berubat selepas suami mengalami demam selama 3 minggu setiap kali tibanya waktu Maghrib termasuk bayi.

Entah bagaimanapun, suami secara tiba-tiba berhenti menghentikan kereta di tengah jalan lalu menoleh ke arah isteri denga senyuman menyeramkan.

Lebih menyeramkan, lelaki berkenaan mengilai panjang di dalam kereta yang membuatkan dia membawa bayi untuk keluar daripada kereta.

“Suami saya demam lepas maghrib selama tiga minggu. Dia rasa ada yang tak kena dengan dia dan dia dalam perjalanan ke sana dan dia memandu.

“Tiba-tiba sesuatu berlaku..bayangkan di dalam kereta itu cuma saya, bayi dan suami.  Kau toleh ke kanan, dia dah tersenyum-senyum pandang kau,” ceritanya.

Lantas, wanita berkenaan segera membawa bayinya keluar daripada kereta sebelum dibantu oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Pada awalnya, tiada sesiapa yang berani mendekati kerana keadaan suaminya yang agak agresif.

Dia hanya mampu mengucap kalimah suci berulang kali untuk menenangkan diri.

“Alhamdulillah, orang kampung ramai datang. Aku dan baby dah keluar dari kereta tu sebab takut dia terkam baby. 

“Menggigil satu badan, hanya Allah saja tahu perasaan aku masa tu,” katanya.

@tiaahhhh282

27.6.24 pengalaman yg tak dpat di lupakan..masa tu tak tahu nk menangis ke nak jerit.. Kami otw nk pergi berubat..sebab suami asyik demam lepas maghrib dah 3 mggu..si dia rasa sesuatu yg tak kena kat bdan dia..dlm perjlanan ke sana n dia drive ye..suddenly something happen..just u imagine dlm kereta tu just ad kau bby n suami je..kau toleh kanan dia dah tersenyum2 pndang kau..tak sampai lg rumah perawat tu..dia dah berhentikan kereta.. Alhamdulillah org kampung ramai dtg..tlg ktorg..aku n bby dah kluar dr kereta tu..sbb aku tkut dia terkam bby..mengigil satu badan..Allah je tahu perasan aku masa tu..

♬ original sound – Aretieqaahh – Aretieqaahh

Wanita itu memberitahu suaminya sendiri mahu pergi berubat pada waktu malam dan telah berdepan dengan gangguan sebegitu sebelum mendirikan rumah tangga lagi.

@tiaahhhh282

Replying to @sailormooooonnnn ambil masa nak settlekan dia ni..nk tggu org yg berani n ada ilmu je boleh handle

♬ original sound – Aretieqaahh – Aretieqaahh

Tambahnya lagi, benda yang menganggu mereka bukanlah saka, sebaliknya hantu raya yang dihantar oleh seseorang.

@tiaahhhh282

Replying to @sofeaa🩷 terima kasih pd yg mendoa

♬ original sound – Aretieqaahh – Aretieqaahh

@tiaahhhh282

Replying to @nor ashikin yahya hidup zaman sihir sgt struggle..kadang kita tak tahu punca..tapi akibatnya kita yang tanggung..dr zaman sebelum kahwin sampai sekarang..still ikhtiar mana2

♬ original sound – Aretieqaahh – Aretieqaahh