Lelaki ini kongsi taktik ‘scam’ lorong tol RFID

Lelaki ini kongsi taktik ‘scam’ lorong tol RFID

 

Lelaki ini kongsi taktik ‘scam’ lorong tol RFID

Lorong Radio Frequency Identification (RFID) sememangnya salah satu fungsi yang memudahkan ramai pengguna plaza tol. Bagaimanapun ada segelintir pemandu yang menggunakan lorong tersebut untuk ‘scam‘ pengguna plaza tol yang lain.

Menerusi perkongsian Threads @hrzrfn dia berkongsi rakaman dashcam di mana pengalamannya berhadapan dengan situasi ‘scam RFID’.

Menurut @hrzrfn, situasi ini boleh perasan apabila kenderaan di hadapan masuk ke lorong RFID dan tersangkut kerana ketiadaan pelekat RFID pada kenderaan tersebut.

“Dia tak ada RFID sebab kalau baki tak cukup akan ada tulis ‘baki tidak mencukupi’ dekat skrin,” jelasnya.

Kemudian pemandu kenderaan hadapan langsung tidak mengundur untuk sensor mengesannya sekali.

“Jika orang lain sudah panik untuk mengundur apabila RFID tak detect, tapi dia boleh tenang tunggu di hadapan palang,” katanya lagi.

Sebaliknya dia (pemandu kenderaan hadapan) menunggu kenderaan di belakang bergerak kehadapan untuk ‘cucuk’ dekat belakangnya.

Apabila kenderaan belakang masuk ke dalam lorong dan sensor mengesan RFID kenderaan tersebut, maka palang akan dibuka dan kenderaan hadapan memecut keluar.

Sementara kenderaan belakang pula tersangkut di lorong RFID tersebut kerana ‘terbayar’ untuk kenderaan hadapan.

Sehubungan itu dia meminta orang ramai untuk menjaga jarak semasa berada di lorong RFID supaya dapat mengelak daripada menjadi mangsa ‘scam RFID’.

Ramai warganet mengucapkan terima kasih kepadanya kerana highlight perkara itu. Ada yang dahulunya menganggap situasi itu sebagai isu teknikal sistem tersebut, sebaliknya ia adalah satu taktik penipuan.